Nuffnang

Monday, March 12, 2012

JALAN2 @ ORCHID VALLEY

Sabtu 10 Mac 2012 @ Orchid Valley







Mengikut perancangan seminggu yang lepas kita memang bercadang untuk ke Orchid Valley bersama incik asben. Saje nostalgia tahun 2005 kita seisi keluarga dan arwah mak kita kesana. Wow! Memang cantik dan teruja melihat spesis2 orkid yang begitu banyak.


Dari parking kereta sehinggalah ke ladang, kiri kanan dipenuhi dengan ribuan pokok2 orkid dari dalam dan luar negara yang berbunga dengan pelbagai warna. Orkid diladang tersebut kebanyakkannya dieksport keluar negara.







Sayang sekali, kali ini kehadiran kita seolah2 tidak disambut oleh sesiapa. Keadaan agak sunyi sepi, tempat tiket pun sudah tiada manusia yang menunggu.


Di kawasan parking kelihatan hanya kereta kami sebuah sahaja yang ada di tempat parking, bangunan induk dari buat kayu masih tersergam indah tapi sudah kurang penjagaannya. Situasi pagi semalam seperti bermimpi.


Kita teruskan perjalanan untuk masuk kekawasan dalam, ternampak kelibat pekerja bangla dan seorang bangsa cina yang sudah dimamah usia. Lelaki cina sedang terbaring di atas kotak, curi tulang ya...kikiki. Ngulooooooo...:)







Mereka pun seolah2 kurang paham kehadiran kami berdua, hanya memberi arahan 'masuklah dalam kalau mahu tengok'. Uitsss! Kita dan incik asben meneruskan perjalanan kedalam kawasan ladang.


Tiada kelihatan pokok2 orkid seperti dahulu. Kini ladang yang tersergam indah dahulunya dipenuhi dengan ladang sayur, kebanyakkan hasil tanamannya adalah pokok lada.





Kita pun kurang agak selesa untuk meneruskan perjalanan memandangkan permukaan jalan yang agak kurang elok dan faktor keselamatan. Berpusing balik kebangunan induk, sekadar mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.


Sedang kami bergambar tiba2 muncul perempuan cina warga emas. Kita bertanyakan berkaitan Orchid Valley. Dia memaklumkan ladang orkid sudah ditutup 2 tahun yang lepas dan hakmilik ladang orkid kini telah kembali menetap di Singapura dan tanah disewakan untuk tanaman sayur.


Agak frust juga impian untuk melihat spesis orkid dari bangunan menara tidak kesampaian, kita cuba tercari2 bangunan menara tersebut pun sudah tidak wujud...hihihi.


Apa pun semalam adalah bukan rezeki kita dan semuanya sekadar kenangan...:)




No comments:

Post a Comment