Nuffnang

Wednesday, March 21, 2012

MENGAPA KITA PERLU JADI MENARIK?

Selasa, 20 Mac 2012 @ Rumahku Syurgaku


Daya tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza bagi kita semua. Jangan salah paham pulak, apa yang kita maksud hebat bukan untuk bermegah kehebatan masing2, menunjuk2, riak dan sebagainya. Aura yang ada pada diri masing2.



@ Cambridge, London


Manusia mempunyai kelebihan masing2, mungkin kekurangan dari segi wajah mungkin ada kelebihan di tempat lain.

Ayat ke-4 Surah at-Tin yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani kehidupan seharian, kita kadangkala terlupa yang kita ini unik sebenarnya.



@ Cambridge, London


Orang yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Ada yang menarik kerana rupanya yang kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang menarik kerana bijak berjenaka dan pandai bergaul dengan semua orang mengikut batas2Nya.



@ Cambridge, London


Kita perlu ingat bahawasanya kita ini semua menarik dan hebat. Jika kita belum mendapat apa yang kita idamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha mencapai kejayaan.

Moralnya jadilah kita orang yang hebat dan menarik dipandang masyarakat, jangan sesekali rasa hebat atas keruntuhan moral diri sendiri. Cukup memalukan!

1 comment: