Nuffnang

Monday, March 26, 2012

PULAU KUKUP : JETI PULAU KUKUP

@ Rumahku Syurgaku


Salam uols, seperti yang kita janjikan dalam entri sebelum ini, yeaaay malam ini kita nak sambung episod jalan2 Pulau Kukup. Terus terang dari hati kita, bagi yang nature lover rasanya memang ada naluri untuk kesini. Korang suka pada flora dan fauna tak?




Perjalanan menaiki bot memang tak lama dalam 10 minit dah sampai. Sebelum sampai jeti Pulau Kukup boleh coci mata melihat keindahan perkampungan nelayan, pemandangan pekan Kukup dan pusat ternakan ikan sangkar.


Masa tuh, boleh menembak mana yang patut. View sangat cantik, bagi kitalah....hihihi





Bila dah sampai jeti Pulau Kukup korang kena menaiki aluminium berbentuk ala2 tangga untuk menaiki atas jeti.


Aisehh! Mula2 nak naik kita takut2...hahaha. Tatut jatuh, abislah kita....kena gelak ramai2. Nasib baik anak dara kita tu bagi sokongan moral. Dalam takut2 tetap nak juga menjelajah Pulau Kukup. Rugi wooo!






Dari atas jeti pun dah boleh nampak keindahan pemandangan persekitaran Pulau Kukup. Wow! Subhanallah memang cantik, cuma...cuma...cuma panas sket....kekeke. Ngengada tul!


Jangan risaulah, bukan panas terik sangat sebab akan lalu bawah pokok sambil menikmati keindahan alam dan fauna. Kalau dahaga boleh beli air berhampiran kaunter membeli tiket. Opsss! Nantilah ya kita sambung lagi cite di Pulau Kukup. Ini baru sampai jetinya....muehehe


3 comments:

  1. Cantiknya pemandangan. Seronoknya berjalan cuti-cuti ke pulau. Sejuk mata...

    ReplyDelete
  2. AA : Mmg cantik..pulau nih tiada penduduk...sekadar hutan bakau yg masih mengekal alam flora dan fauna...:(

    ReplyDelete
  3. kene guna pasport jugak ker if nK g pulau kukup???

    ReplyDelete