Ahamdulilah, Subhanallah cantik ibu tunggal nih.
Sekembalinya dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada pertengahan Mac
lalu, Abby Abadi kini tampil dengan imej bertudung yang sememangnya
sudah lama disimpan hasrat untuk berubah menjadi muslimah yang lebih
baik.
Sesungguhnya dia tahu menutup aurat adalah wajib. Bagaimanapun
katanya, dia tidak mahu terburu-buru kerana mahu penghijrahannya itu
kekal untuk selama-lamanya. Tidak henti dia mengucapkan syukur ke hadrat
Ilahi yang memudahkan urusannya ke Tanah Sudi dan sepanjang melakukan
ibadah di sana.
“Sudah lama saya mahu bertudung tetapi saya perlu pastikan yang saya
benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan itu kerana kita tidak
boleh mempermainkan hukum Allah s.w.t. Saya juga tidak mahu bertudung
kerana desakan orang lain, biarlah setiap perubahan itu dilakukan
seikhlas hati saya.
“Bayangkanlah setiap hari saya melihat jenazah. Hati saya sangat terusik
dengan rasa keinsafan menyelinap ke segenap ruang dalam tubuh ini.
Janji Allah itu pasti bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi
kenapa kita perlu bertangguh untuk berubah ke jalan yang lebih baik.
“Belum pernah saya rasa sangat takut apabila teringatkan hari kematian tetapi kali ini perasaan saya amat berbeza. Tiba-tiba hati saya jadi gerun apatah lagi bila memikirkan sedikitnya amal ibadah yang dilakukan,” katanya.
“Belum pernah saya rasa sangat takut apabila teringatkan hari kematian tetapi kali ini perasaan saya amat berbeza. Tiba-tiba hati saya jadi gerun apatah lagi bila memikirkan sedikitnya amal ibadah yang dilakukan,” katanya.
Tambah Abby, kita perlu ingat lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Rebutlah peluang itu, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin), masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa muda sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Selanjutnya klik Hmetro.
No comments:
Post a Comment