Nuffnang

Sunday, April 8, 2012

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN


@ Rumahku Syurgaku


Kata orang bukannya kita yang berkata2 ya, jauh perjalanan  luas pemandangan. Itu macamkah? Kita petik dari peribahasa yang memberi maksud perjalanan yang banyak akan memberi input yang banyak kepada diri seseorang. 
Lantaran itu, ada setengah-setengah orang yang gemar berjalan semata-mata untuk menimba sedapat mungkin pengalaman walaupun tiada ole2 yang sangat berharga...hihihihi



 


 






Kita bukan hendak mendabik dada, tapi hanya boleh kata Alhamdulillah. Berkat doa saban hari, banyak tempat kita jelajah dan kita mampu bercerita serta berkongsi dalam blog kesayanganku ini. Opsssszz!









Kita mengucapkan terima kasih kepada incik asben yang sentiasa mengizinkan, anak2 yang sentiasa memahami dan  kira merata gak ler kita berjalan. Kadangkala tak dapat pergi bercuti bersama keluarga mengikuti trip bersama rakan2 dan sebagainya. 

Oleh sebab itu, kita telah dididik oleh keluarga  dan di ajar supaya tidak takut dan gentar dalam mengemudi hidup ini.

Insyallah! Kita memang tak takut, kalau dicampak kat mana sekalipun. Kita masih boleh mencari jalan pulang sebab kita telah diajar supaya tidak putus asa.
  






Contohnya malam ini kita nak tunjuk gambar buah2an dan sayur2an sewaktu kita di UK. Kita sesaje snap melalui hp untuk share pada semua orang. Kita tahu tak semua orang merasa pengalaman apa yangkita sudah lalui. Banyak benda boleh cerita tapi buka melalui teori sahaja.

So nasihat kita, kita semua ada kerjaya dan punya kemahiran bidang masing2 tapi kena ada jugak ilmu tambahan. Camner nak dapat? Rajin bertanya, membaca, berjalan dan bersosial yang sihat.








Actually  banyak perkara kita boleh berbual dengan semua orang dan semua itu bukan setakat teori sahaja. Kata orang kalau setakat klepet jer, memang semua orang boleh berkata2. Ceh! Betul tak? 

Memang orang tahu tapi bila orang nampak kita lebih konfiden. Memang kita ada ilmu, at least orang tak boleh nak kelentong kita.

Seronok sebenarnya bila berkongsi tentang berjalan sana sinun dengan berkongsi bersama kawan2 pasal mereka tak ada peluang untuk berjalan2 dan tengok gambar jer. 








Sorilah entri kali ini yang berbentuk unsur nasihat tapi untuk kebaikan bersama. Setelah lama tidak menulis sesuatu yang bermanfaat, biar hari ini kita berkongsi sesuatu. 

Dalam hidup ini kita tidak dapat elak dari perasaan sedih. Lebih muda kita, lebih banyak 'peluang dan dugaan' untuk kita bersedih.  Kita boleh sedih kerana macam-macam punca. Kecewa, putus cinta, gagal dalam peperiksaan, rumahtangga dan banyak lagi.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, first thing first. Kita tahu kemungkinan besar  ada perkara yang sedang  disedihkan sekarang dan salah satu tip menghilangkan kesedihan adalah pergi berjalan tak kiralah samada dalam dan luar negara. 

Jangan rasa takut, yakin mesti boleh. Insyallah.









Jauh berjalan luas pemandangan. Pergilah melancong. Melancong ke tempat asing sebenarnya membuat semua deria kita lebih alert. 

Yelah, di tempat yang signboardnya pun kita tak tahu baca, memang mata kita terpaksa bukak luas-luas. Tangan pula sentiasa bersedia untuk bertindak. 

Kalau jalan di tempat yang kita tidak biasa, buat muka macam rusa masuk kampung, nanti kena kidnap pula kan...Gluppp!









Bila kita membuka semua deria kita untuk memerhatikan alam sekitar, kita sebenarnya membuka pintu hati kita. Membuka minda kita untuk menerima sebarang kemungkinan. Sesuatu yang bagus untuk membantu sebagai terapi.

Satu lagi perkara yang baik, apabila kita lebih  'alert', kita sebenarnya menggunakan lebih banyak bahagian dalam otak kita dan kita tidak memberi peluang langsung kepada otak kita untuk membuat atau berfikir mengenai perkara yang menyedihkan.

 






Lakukan aktiviti-aktiviti extreme seperti Flying Fox, Bungee Jumping, White Water Rafting dan Paintball pun boleh. Aktiviti extreme ini berfungsi sebagai 'pengubat' sementara untuk badan kita. 

Ini kerana ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, hormon-hormon seperti adrenalin akan diberikan kepada saraf kita. Hormon-hormon ini akan melawan hormon kesedihan dan membantu membuang perasaan-perasaan sedih yang ada. 

Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini akan membantu kita menggunakan masa dan mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan kita sedih.

Nasihat kita pergilah berjalan2 kemana yang anda suka mengikut kemampuan diri. Tak percaya cuba tanya kawan2 yang rajin berjalan. Jawapannya mesti serupa :)









Kita memang berazam untuk bersama ahli keluarga, akan selalu berjalan selagi masih punya stamina yang kuat , rezeki yang halal dan bagi kebebasan untuk merasa sendiri pengalaman2 sepertimana kita telah lalui walaupun tak banyak mana. 

Itulah ilmu dan pengalaman yang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Cheer On !



1 comment: