Hak masing2 untuk saman seseorang, untuk kebaikan apa salahnya. Kita sekadar membaca berita hangat yang macam goreng pisang panas nih...huhuhu. Jom baca Sinar Harian kat sini.
Sri Wani Choo Abdullah nekad mengambil tindakan undang-undang
terhadap individu yang didakwa menjatuhkan maruah dan perniagaannya.
Tanpa mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan, katanya, dia sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan saman RM6 juta.
“Buat masa ini, peguam sedang mengumpul maklumat berkaitan hal ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sri Wani, 37, menegaskan, dia mempunyai bukti yang kukuh untuk bertindak berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan video bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.
Suaminya, seorang bekas dekan institusi pengajian tinggi awam tempatan, yang mengesyaki Sri Wani lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Bahrom Sanugi, 61, bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak.
Selanjutnya klik Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment