@ Rumahku Syurgaku
Memandangkan semalam 11 April cuti umum bagi rakyat Malaysia. Hah! Mesti ramai yang bercuti2 jalan sakan. Kita pulak pantang cutinya ada...hihihi. Tak jugak depends pada kelapangan masa. Bagi yang ada kelapangan masa mesti pegi ke Kota Tinggi Waterfalls antara destinasi yang menarik di negeri Johor.
Sejuk je mata mak tengok air terjun nih! Kalau dari Johor Bahru dalam 1.30 jam memandu, itu pun jalan jammed. Kalau tak boleh belezup...ekekeke
Owh! Kota Tinggi Waterfalls, here we come! Sekadar memberi info terbaik...kuikuikui. Tak pun bagi korang terliur jek...hahaha
Kadar bayaran? Jangan risau nanti akak belanja...kehkehkeh. Alorrr murah jek.
Adult Mykad ialah RM7.50 manakala Car Mykad ialah RM3.00. Berbaloi tuh!
Kita pun dah lama sangat tak kesini. Entah kurun ke berapa agaknya kali terakhir menjejakkan kaki di Kota Tinggi waterfalls. Kalau2 ada plan B...hihihi. Nak ajak sesiapa kesini. Mestilah bersama family tercintakan? huhuhu
Memang lama giler tak kesini, kalau datang pun mungkin sekadar menginap, makan2 atau jalan2 sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Idok sampai nak kuak lentang bagai...hihihi
Rugilah kalau cuti2 terperuk dengan tanpa sebarang aktiviti. Bukan sahaja banyak masa dan tenaga dihabiskan dengan sia-sia, malah
fikiran juga semakin kusut melihat pelbagai kerenah dan ragam warganya
yang kadangkala menyakitkan hati. Hah! Apa kata pegi Kota Tinggi Waterfalls. Boleh release tension.
Persekitarannya yang dikelilingi landskap hijau Hutan Simpan Panti
dan keindahan puncak Gunung Muntahak, ibarat sebuah lukisan hidup yang
membuatkan pengunjung leka serta mensyukuri kebesaran Tuhan.
Bukan hanya mata yang terpesona menatap keindahan alam yang
disajikan, telinga juga dengan cepat menangkap riak irama air terjun
setinggi 34 meter itu. Udara segar yang menyapa dan diselang-seli dengan bunyi unggas berkicauan tentu saja memberikan ketenangan yang diinginkan.
Umpama sebuah taman tema air, pengunjung boleh memilih untuk berendam
atau bermandi-manda di tiga jenis kolam yang disediakan. Setiap satunya
mempunyai kedalaman berbeza iaitu sedalam 7.3 meter, 1.2 meter dan 0.9
meter.
Keterujaan itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Pengunjung juga
boleh mencuba bermain gelongsor air dan beberapa tarikan permainan lain
yang disediakan.
Selamat membahagiakan diri semua.
Selamat membahagiakan diri semua.
No comments:
Post a Comment