Kita nih jenis orang yang ada prinsip, bukan bermakna sampai tak boleh gurau senda. Boleh sesangat. Huh! Kita tidak akan membiarkan perkara yang kita lihat tidak betul berlaku bila melihat dengan mata sendiri dan mendengar laporan orang sekeliling. Bukan bermakna dengar bulat2, kita selidik dulu. Tak membabi butalah :)
Lebih-lebih lagi jika melihat orang tidak kisah mengenai halal dan haram sesuatu perkara. Rasanya bukan kita sahaja, orang lain macam tu jugak kot. Jika orang selalu memberi nasihat secara
“berlapik”, tetapi ada ketikanya kita kena terus-terang cakap, “Thats Bullshit.”.
Kita tidak boleh mengharapkan orang untuk membahagiakan kita kecuali hambaNya sedar dia takut dengan azab Allah bukan rasa malu dengan sesama manusia. Kena ingat Allah maha melihat lagi maha mendengar umatNya.
Kita perlu boleh hidup sendiri. Kita boleh memotivasikan sendiri. Kita perlu tahu bawa diri sendiri. Insyallah.
Kita pasti akan menghadapi cabaran demi cabaran. Setiap dari kita akan
diuji. Dan Allah telah berjanji, Dia tidak akan menguji kita dengan
sesuatu yang kita tidak mampu.
Moga entri ini adalah sebagai pesanan untuk sesiapa sahaja yang merasakan mereka boleh mendapat manfaat daripadanya. Berubahlah! Allah nak jemput kita bila2 masa je, acapkali apabila kita berkata demikian, bukan tujuan mengambil
tindakan menjauhkan diri dari orang tersebut. Mengingatkan kejalan kebaikan kerana Allah.
Terpulanglah, pilih jalan syurga atau neraka tempatnya.
Terpulanglah, pilih jalan syurga atau neraka tempatnya.
No comments:
Post a Comment