Nuffnang

Wednesday, April 11, 2012

EKSKLUSIF : SRI WANI, AKAK MOHON PADA ALLAH

Kita baca luahan hati Sri Wani. Wow! Cantiknya akak Wani nih. Ehem! Macam nak terbatuk akak membacanya. Cun melecun tuh! Really memang cantik dia nih.





“Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”. 

Itulah ucapan ringkas yang diterima Sinar Harian kiriman­ Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengu­saha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan­ perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.

Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan Sinar Harian kelmarin, orang ramai memberi respons positif.

Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinan­nya selamat.

“Akak pun mohon pada ALLAH. Hanya ALLAH Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Esa. Akak minta jasa baik wartawan; kalau boleh jangan datang ke kedai atau curi ambil gambar akak,” katanya.

Sri Wani menambah, dia tidak mahu pelanggan tidak masuk ke kedainya lagi kerana ini akan memberi kesan kepada perniagaannya.

Sumber Sinar Harian



2 comments:

  1. salam kak :)

    cantik nya sri wani. camna la leh kata lelaki?
    tak paham tul.

    ReplyDelete
  2. Wslm WM...macih masuk blog akk. Yelah mmg canti Sri Wani nih. Hope 'tulen' you...kikiki

    ReplyDelete