@ Rumahku Syurgaku
Alhamdulilah, Allah dah beri petunjuk dekat wanita ini. Kunjungan Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Rabu, pelakon berusia 34
tahun itu hasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan
penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau
beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering
diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang
memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan
karier seni tetap berjalan seperti biasa.
Bercakap mengenai pengalamannya menunaikan ibadat umrah buat kali
pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang
berada di sana berjalan dengan lancar. Bahkan, Abby memberitahu dia ke
sana kerana membawa hatinya yang lara.
“Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya
sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali,
mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki
Raudhah dan banyak lagi.
“Saya juga tidak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon
datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima,
tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat
menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya rezeki tetapi ada,”
katanya.
Abby juga berkata perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana.
“Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa.
Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat
kita,” katanya
Sumber Mstar
alhamdulillah...
ReplyDeletesetiap y berlaku psti hikmahnya
LYAfrina : Macih masuk blog akk ya...ya betul Allah ada jalan terbaik untuk dia...:)
Delete