Nuffnang

Saturday, April 21, 2012

ASTHMAKU MENYERANG KEMBALI

Dugaan, dugaan!

Kita diserang asthma kembali sejak petang semlam. Hari khamis lagi kita dah demam kat pejabat, alang2 dah masuk pejabat kita kuatkan diri sampai tamat waktu keja. Banyak mendiamkan diri sebab rasa badan tak selesa.

Jumaat dah tumbang demam, batuk, selsema dan tekak serta lidah kita luka2. Petang semalam dah mula sikit demi sedikit asthma menyerang. Kuatkan diri selagi boleh bertahan. Hurm! Malas dah nak pikir apa2. Allah Ada, Allah sedia mendengar, Allah tahu apa yang terbaik untuk diri hambaNya.

Kalau ikut perancangan pagi sabtu nih macam2 nak dirancangkan. Nak pegi Rumah Anak Yatim Pontian, nak buat persediaan abah nak balik dan keluar jalan2 dengan anak2 tapi kita percaya perancangan Allah lebih baik untuk hambaNya. Allah suruh kita rehatkan diri agaknya.





Pagi2 lagi jam 6.45pg kita dah call kak JJ, rasa bersalah pulak tak dapat join ke Rumah Anak Yatim Pontian, niat kita untuk beramal tak kesampaian. 'Yang ko dah pegi klinik, ingat Allah banyak2 Yang, jaga diri baik2'. 

Huwaaa! Arghhh! Tersentap dan terharu mendengar kata2 kak JJ. Yelah kak kita menurut perintah...hihihi. Kita tahu kak JJ nih dah macam kakak dan mak kita. Sayang kak JJ! Macih kak.

Seawal jam 7.28pg kita pegi Klinik Panel tapi sayang doktor yang bertugas datang jam 9.00pg. Hurmm! Kena buanglah perkhidmatan 24 jam klinik tersebut. Dah 2-3 kali bila kita emergency waktu pagi alasan yang serupa.

Terus ke HSA, untuk dapatkan nebulizer. Sekali masuk nebulizer tak berkesan so kena buat 2 kali. Doktor cakap kalau tak reda lagi dia suruh amik sekali lagi nebulizer dan kemudian buat injection kat salur darah. Huh! Tak naklah kalau boleh tapi itu jalan akhir untuk doktor bantu kita.

Tadi pagi masa kita buat rawatan kat kecemasan terdapat 2 orang pakcik buat rawatan asthma yang sama. Alhamdulilah kita dan sorang pakcik tak perlu masuk wad. 

Cian pakcik sorang tuh kena injet ikut saluran darah dan masuk wad. Bila tanya waris pun tak ada, cian datang spital drive sendiri. Kita yang tak sihat pun rasa simpati dengan pakcik tuh. Kesian2, tak apalah pakcik. Kita nih semua, ntah esok atau lusa mati pun sorang2 jugak.

Betullah bila sakit nih banyak mendidik diri jadi orang yang sentiasa ingat dengan Allah. Moga kita jadi orang yang ingat akan MATI sentiasa.



8 comments:

  1. salam

    cm doakan sis cepat sembuh dan bertenaga.CM faham camner org asma sebab cm pun menghidap asma,,,sabar dengan dugaan setiap sakit tu insyaallah ada ganjaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih dik CM. Uwaaa kita seropalah nih..:)

      Delete
  2. Ibu kita wanita yang tabah dan kaya dgn kesabaran. Alhamdulilah. Sayang ibuku yang sorang nih...muahh

    ReplyDelete