Nuffnang

Saturday, April 21, 2012

SAYA MASIH HIDUP - BOB KUMAN

Hah! Padan muka orang yang suka menyebar fitnah. Buktinya baca kat bawah, baik sungguh hati Bob nih mengucapkan tahniah lagi pada kaki fitnah tuh. Takpelah Bob, tak pasal2 dah pahala free.





Husin Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Kuman 'mengucapkan tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini. 

Katanya, tindakan tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.

"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.

Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.

Berita lanjut dalam Sinar Harian.



No comments:

Post a Comment