Nuffnang

Friday, April 27, 2012

BALIK KAMPUNG HALAMAN DI MUAR

Bestnya petang nih kita nak balik ke kampung halaman  mentua di Muar. Lepas tamat keja terus bertolak kesana bersama keluarga.




Balik untuk menjengok orang tua yang berada di kampung.  Seronoknya kampung mentua kita  nih masih semulajadi  kalau nak dibanding dengan kampung halaman kita yang hiruk piruk dengan kenderaan lalulalang.





Wah! Bestnya ingat nak pegi Parit Jawa makan asam pedas  dan jalan2 area situ kemudian pergi Kolam Air Panas di Sg Resik. Bolehlah celup2kan kaki bagi masak sikit...hihihi

 



Dah banyak kali juga kita ke Air Panas Sg Risek tuh tapi dah beberapa tahun kebelakangan nih tak menjengah sangat kesana. Kali nih balik kita nak kesanalah.





Masa anak2 masih kecil dulu rajin bawa anak2 kesana untuk mandi manda ala2 berkubang kerbau gitu...hihihi. Biar anak2 nostalgia balik zaman kanak2 ribena mereka.

Seronoknya bila ingat balik semua tuh, cuma manusia nih kadangkala cepat sangat lupa kenangan manis yang dah berpuluh2 tahun. Insyallah kita tak akan lupa...:)


2 comments:

  1. kalau balik kg sana memang syok lagi kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farra : Mmg sgt2 syok..layanan 1st class...(: (sambil tmanggu2 betulkah statementku ini) huhuhu

      Delete