Nuffnang

Saturday, April 28, 2012

GANGGUAN ORANG KETIGA

Tiba-tiba terlintas nak buat entry tentang ini bila terbaca satu artikelbaru kejap tadi.

Ilmu dunia sekarang tidak sesempit dahulu, ilmu tuhan itu cukup luas untuk mengajar dan mendidik umatNya berfikiran seluas2Nya.




Kesemua isikandungannya patut digali dari al-Quran. Rasanya semua insan yang bergelar ibubapa  ingin anaknya menjadi anak yang baik juga pandai menjaga maruah harga diri. Sebelum kita semua mendidik anak2 mestilah ibubapa tunjukkan kesempurnaan diri.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas  atau mengadakan pertemuan dengan seseorang  apatah lagi yang lebih dari itu.

Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina. Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras.

Kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan dibelakang isteri untuk bersama wanita lain. Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan. Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini.

Paling penting,  pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini.

Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

Apa yang berlaku hari ini manusia hari ini hidupnya 'asal boleh' tanpa mengambil kira agama dan sebagainya. Ada yang sanggup menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan larangan agama yang 'Wajib' ditolak tepi dan diabaikan.

Marilah kita bermuhasah diri kembali kejalan yang hakiki. Bekalan agama dan iman yang sempurna itulah sebaikNya.


No comments:

Post a Comment