Aduyaiiii! Tak abis lagi kisah Sri Wani. Tapi ramai yang suka membaca kes dia termasuk kita. Dah macam kepochi la pulok...kuikuikui. Ala sesaja nak ilang stress bacalah ya tak. Bukan nak menghentam dan sebagainya amik sebagai pengajaran.
Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani
Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah
seorang perempuan.
Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie)
sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya
ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah
saya yang mandikan dia.
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan
saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada
sedih mengenangkan nasib Sri Wani.
No comments:
Post a Comment