Nuffnang

Saturday, April 14, 2012

KEKAL BAHAGIA SELAMANYA


Satu artikel yang kita baca malam ini dimana ia sangat berguna pada setiap pasangan yang memasuki era puluhan tahun berumahtangga. Kalau terkena cili rasalah pedasnya. Ehem2!

Semakin usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka.

Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus dilaksanakan seikhklas hati.






Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup, kos sara diri dan ekonomi rumah tangga. Tidak ramai yang mahu mengakui bahawa ketidakjujuran mereka pada perkahwinan merupakan faktor utama mengapa perkara seperti ini terjadi.

Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.







Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!    

Seharusnya anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.


Aktiviti memasak  
     
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan akan menjadi lebih hangat dan romantik.


Lakukan kejutan buat si dia!      
 
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat yang dia tidak menjangkakan.  Beri bunga dan sebagainya, bukan pada orang yang tidak sepatutnya.


Hobi         

Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.


No comments:

Post a Comment