Ishhh2, kita hengatkan channel Astro je yang macam2 ada. Ini nak menikoh pun sampai tepi jalan...kohkohkoh.
Cuba pikirkan nak memulakan perkahwinan pun tak tentu hala, merapu sana sini. Inikan lagi kalau dah berumahtangga. Huh! Tak tau nak kata, segalanya kerana nafsu. Semua kena amik pengajaran dengan perkara2 sebeginikan. Jom baca Hmetro hari nih.
Di tepi jalan pun boleh asalkan bayar. Khidmat jurunikah palsu ini
bergiat aktif di Perak dan beberapa negeri lain untuk pasangan yang
tidak mendapat restu ibu bapa atau suami yang ingin berpoligami tanpa
kebenaran isteri.
Sindiket nikah palsu itu yang didalangi warga tempatan menawarkan
khidmat berkenaan dengan bayaran RM2,000 hingga RM5,000 dan mengambil
masa kurang 10 minit untuk proses pernikahan sebelum pasangan diberi
sijil nikah.
Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, khidmat jurunikah
palsu itu dipercayai diiklankan sindiket melalui Internet menggunakan
laman sosial dan iklan di kaki lima selain disebarkan individu yang
pernah menggunakan perkhidmatannya.
Menurutnya, sindiket dikenali ‘nikah 10 minit’ itu didalangi seorang lelaki tempatan digelar ‘Tok Ayah’ berusia 50-an yang berperanan sebagai jurunikah.
Menurutnya, sindiket dikenali ‘nikah 10 minit’ itu didalangi seorang lelaki tempatan digelar ‘Tok Ayah’ berusia 50-an yang berperanan sebagai jurunikah.
“Tok Ayah dibantu beberapa individu lain dikesan menawarkan khidmat nikah itu bergerak dari satu lokasi ke lokasi. Malah, mengadakan majlis nikah itu di sebarang lokasi, termasuk di tepi jalan.
“Pelanggan diberikan taklimat seringkas mungkin sebelum ijab kabul dilakukan. Setakat ini, maklumat mendapati Tok Ayah yang berasal dari Kedah, aktif menjalankan kegiatan itu walaupun menyedari menyalahi undang-undang,” katanya.
No comments:
Post a Comment