Nuffnang

Thursday, April 26, 2012

SAYA BUKAN ISTERI MENTERI - ZAHIDA

Hamboiiiii. Gosip2 eh! Boleh baca je, siapalah kita nak menilai orang lain kecuali ada bukti dan fakta yang tepat.  Tapi itu bukan kerja kita semua, betul tak? 

Moga cite2 sebegini boleh dijadikan pengajaran buat insan2 bergelar ibu sebab kita ada anak2. Didiklah anak kita sebaik mungkin. Bukan bermakna kita menuduh Zahida atau sebaliknya. Sekadar baca bolehlah, mintak2 dijauhkan dari perkara sebegini.

Pelakon Zahida Mohamed Rafik menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.




Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.



“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik. - Kosmo



1 comment:

  1. yea lah 2..siapa nk mengaku kn..tgk jer sampai bila bole menipu....

    ReplyDelete