Nuffnang

Thursday, April 19, 2012

TAMAN BOTANI NEGARA, RUMAH IKLIM 4 MUSIM

Now! I'm feeling dekat oversea la pulak malam nih...hihihi. Banyaklah berangan kita...hukhukhuk. Menjadi kebiasaan sebelum masuk mestilah posing2 depan bangunan tuh ya. Itu acara wajib bila jalan2 mesti kena interprem dulu...hihihi











Sambung kembali kisah perjalanan kita ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Best tak? Tujuan utama ke sini nak jalan2 bukan nak buat kerja atau sebagainya...hihihi

Weekend lepas kita kesini bersama family. Masa nak masuk Rumah Iklim 4 Musim nih anak dara kita tanya. " Uittts! Nape tak tahu pun ada camni selama duduk kat Shah Alam? ". Kita gelak je, Taman Botani nih dah lama wujud. Orang muda tahunya iCity dan The Mines je berbanding kita yang tahap warga emas nih...huhuhu












Ingatkan bila masuk Rumah 4 Musim nih semua musim ada, silap imagine la kita nih. Puiiii! Tak kisahlah janji dapat merasa walaupun tak lama. 

Grrrr! Tak puashati sebenarnya sebab tak banyak tempat yang sempat nak dijelajah, mengejar masa ...huhuhu













Owhhh! Baru kita paham dia ikut musim oversea. Tak agak2 ko Jah dah macam kat oversea pulak...hihihi. Masa kita datang tuh tengah musim bunga. Kalau kita masuk bulan Januari hingga Mac hari tu tengah winter. Masa kita masuk pun sejuk giler sebab dia nak sesuaikan tanaman yang ada dalam rumah tersebut.

Semua pokok2 bunga yang ditanam dibekalkan dari Belanda. Memang colourful bunga-bungaan yang ada kat situ.  Kalau kita masuk 2 minggu akan datang bunga2 tuh sure tengah kembang,  masa kita masuk tuh bunga2 masih agak kuncup. 

Fuyooo! Jangan tak tahu pokok epal dan anggur pun ada tapi sayang buahnya tak ada...huhuhu












Kos penyelenggaraan mesti agak tinggi sebab nak bagi pertumbuhan dan perkembangan pokok2 kat situ membesar secara natural. 

Pengunjung yang datang nampak mudah tapi pihak pengurusan nak memastikan pokok2 kembali berputik selepas 'mati' pada musim sejuk selain mengurus bunga2 yang baru ditanam mengikut kesesuaian.

Peliknya bayaran masuk hanya dikenakan sebanyak RM3.00. Murah tuh! 












Bangunan nih tak beso mana pun, bila masuk korang boleh mulakan step bilik 1 atau 2. Kalau tengok bilik yang kurang pengunjung korang redahlah yang untuk keselesaan. Masa kita masuk tak ramai sangatlah pengunjung. 

Masing2 masuk semua bawa kamera dan paling kurang pun snap guna kamera hp peribadi masing2...hihihi. Rugilah kalau dah masuk tak abadikan kenangan kat sinikan. Serupalah juga yang tengah menaip entri nih. Dok bantai bergambar sakan. Jakunis katakan...kahkahkah











Puashatilah sebab dapat masuk, ada tapinya...hihihi. Kenapa camtu? Mungkin expactation kita terlalu tinggi. Hamik ko...hahaha. Bayaran RM3.00 nak semua mana bolehkan...huhuhu

Ingatkan kawasan nih besar sangat dan ada semua musim, boleh baling2 salji bagai,  macam kat iCity atau Genting tuh...hihihi. Bajet bagus masuk mesti pakai sweater tebal dan bersarung tangan...hahaha. Tak kisahlah tu semua, ayat pujuk diri sendiri...kuikuikui.











Kalau tanya pendapat kita...hihihi. Lorong2 untuk pengunjung kena besarkan lagi. Tak selesalah bila pengunjung ramai mesti goyang inul...kuikuikui. Kurang selesalah sampai berlaga punggung, kalau yang tak amik kesempatan oraitlah. 

Takut yang kaki amik kesempatan dari nak suka2 tengok keindahan jadinya dosa. Ceh! Macam ustazah pulak kita nih...hihihi. Betullah just dari pandang kita jek! :)












Rumah Iklim 4 Musim nih kita bagi 3 star, Ohsemlah jugak. Bolehlah bagi merasa  pada pengunjung2 yang tak pernah ke oversea. Oraitlah satu pendedahan yang sangat baik kepada rakyat Malaysia merasa suasana iklim tempat orang.

Kalau yang ada kelapangan masa dah sampai Shah Alam bolehlah berkunjung ke sini, Taman Botani Negara, Shah Alam. Banyak sangat aktiviti boleh dilakukan.

Kita nampak banyak bangunan baru dalam proses pembangunan. Kita percaya tempat ini memang akan lebih dikomersialkan lagi. Memang berbaloi dengan harganya yang tersangat murah...huhuhu








Okeh, itu je cite perjalanan kita di Rumah Iklim 4 Musim di Taman Botani, Shah Alam. Seronok mengambil gambar bila keluar lens kamera terus kelabu...huhuhu. Sejuk sangat, Alhamdulilah kejap je, normal kembali.

Lepas nih tak tahu nak  kemana pulak. Tunggu ajelah dari entri2 kita. Tima kasih sudi membaca entri kita. Love u olls!




8 comments:

  1. saya penah masuk rumah 4 musim ni masa umur 12 tahun dulu. lamaaa dah.

    time tu pun musim bunga jugak. alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. GB ko gi seusia 12 tahun, akk nih dah 46 thn baru masuk..hihihi

      Delete
  2. Putri pun pernah pergi situ.. hehe ^^
    best. tapi masa tu musim bunga kot..
    Wahh,rasa nak pergi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asningtiyas Nasdja Putri : Trylah pegi...bestlah jgk..hi3

      Delete
  3. Replies
    1. Farra : Gi la ajak incik abe & anak2...mesti dorang suka...

      Delete
  4. bestnyaaa...hihihi

    ReplyDelete