Nuffnang

Thursday, April 19, 2012

JANGAN BERBANGGA MELAKUKAN DOSA


Moga entri khamis malam jumaat ini memberi sedikit kebaikan, dalam keadaan demam malam ini sempatkan diri  untuk saling berpesan dan ingat mengingati.

Manusia tidak pernah sunyi dari melakukan dosa dan maksiat tapi manusia boleh mengelak melalui kekuatan hati dan imannya.  Hanya mereka2 yang di angkat oleh Allah sahaja terpelihara dari semua itu. 

Maka adalah penting, bagi kita sebagai manusia  agar jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Setiap kali berbuat dosa, harus segera kembali kepadaNya.





Maaflah kalau ada yang tersentap membaca entri kita nih tapi itulah realitinya. Selagi jantung kita masih berdenyut dan nafas masih turun naik menghirup kehidupan duniawi, maka selagi itulah kita masih punya waktu untuk menasihati sesiapa sahaja, terpulang yang sudi menerima teguran ini. Kita percaya ada yang mencebik atau menutup  blog ini tapi terpulanglah. Tepuk dada tanyalah hati masing2.

Tapi janganlah kita berbangga-bangga dengan dosa, atau berbuat dosa tapi tak merasa berdosa. Setiap kali ingatkan dosa dan maksiat, hendaklah pecah hati kita kerana telah mendurhakai Allah SWT.



 

Janganlah nak berbangga2, riak dan sombong kerana membuat dosa. Ada yang perasan atau sebaliknya, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling sedang memerhati. Bagaimana nak jadi ibubapa contoh kepada anak2 selagi maksiat ada dalam diri. 

Sedarlah! Mati semakin hampir. Kiamat semakin dekat. Harap iman kita semua masih lagi teguh dan tidak bergoyang. 

Hidup ini sangat manis tapi sayang manusia selalu menjadikannya pahit. Insyallah manusia yang rajin berselawatlah dan ucaplah kata-kata istighfar tanpa menunjuk2 ada kemanisan yang dirasai.

Semoga landasan kita kembali lurus dan tidak menjurus ke kancah hina. Yang penting, hindari dosa dan maksiat yang sekarang makin bersepah merata. Kalau rasa malu sesama manusia, malulah kita semua dengan Allah.


 
 

Akhir sekali, jagalah akhlak kita semua, biar pun siapa kita. Jaga tingkah laku. Jangan berbangga dengan dosa yang kita semua lakukan, berpegang tangan kunun apatah lagi tanpa seurat benang. Jangan takbur, jangan sombong. Allah nak tarik nikmat kita sekelip mata.
Jangan sesekali berbangga jika berubah dari seorang biasa menjadi jahat dan liar. Sesungguhnya itu bukan pilihan tepat. Pinjam kata2 bapa mentua kita ' Hidup jangan sesekali lupa diri dan asal usul tak selamat dunia akhirat  '.
Selagi nyawa dikandung badan hargailah diri sendiri dan orang tersayang. 

No comments:

Post a Comment