Perjalanan yang telah di rancang untuk ke Taman Botani Negara, Shah Alam akhirnya tercapai juga. Kita yang memandu memandangkan incik asben kurang sihat dari Johor Bahru jam 9.00pg dan sampai Shah Alam pukul 12.40tgh.
Terus mengambil barang2 anak dara kita untuk dimasukkan kedalam kereta, tanpa membuang masa makan tengahari di Seksyen 2. Makan yang cukup sedap dengan ulam-ulaman. Paberet kita tuh.
Berhenti rehat untuk bersolat jamak di Surau Akuamarin, Shah Alam. Teruskan perjalanan ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Teruja nak sampai...huhuhu.
Tanpa membuang masa parking kereta terus kekaunter untuk membeli tiket. Harga tiket masuk Taman Botani untuk dewasa RM3 dan Rumah 4 Musim RM3.00. Untuk kami berempat baru RM24.00. Murah tuh.
Bagi yang menginap di situ dibenarkan membawa masuk kenderaan, kita sekadar nak berjalan2 so jangan risau ada kemudahan menaiki train. Kita pun naiklah train sambil menikmati keindahan semulajadi. Huh! Sejuk je mata memandang dengan udara yang segar.
Pak Arab yang naik sama satu train dengan kita jakunis, siap rakam video nak bagi orang kampung tengok kot...hihihi. Excitedlah macam kita juga kalau ke luarnegara, abis nak kita snap...huhuhu.
Bila train bergerak membawa pengunjung, terasa seolah2 menaiki puncak Fraser's Hill. Banyak corner sana sini tapi lagi mencabar Fraser's Hill kot.
Seronok aaarr dapat melihat alam flora dan fauna serta dapat udara bersih. Masa kita datang ramailah pengunjung yang sedang buat jungle trekking esspecially student UKM.
Sesekali tergelak juga tengok gelagat Pak Arab yang satu train dengan kita melaungkan 'Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!' kepada pengunjung2 yang berjalan kaki sambil di balas dengan sorakan mereka...huhuhu.
Tak pasal2 kita tumpang sengih...hahaha
Bagi yang berminat untuk bermalam disana, Taman Botani ada menyediakan chalet2 Kampung Idaman mengikut rumah negeri. Teringin jugak tapi bila dipahamkan untuk menderma darah secara percuma pada waktu malam digalakkan..hihihi. Tapi itu semua bukan alasan pelbagai peralatan pencegahan boleh didapati sekarang.
Kita memang tak suka kena gigit nyamuk, boleh bergaru 24 jam sampai kulit melecet lepas tu macam nak naik hangin satu badan...kohkohkoh. Tak suka tul kalau gatal kena gigit nyamuk! Grrrrr....:)
Kalau nak masuk Taman Botani nih better awal pagi so boleh ronda puas2 sebab banyak tempat yang perlu berhenti untuk melihat keindahan Hutan Simpan Taman Botani Negara, Shah Alam. Korang juga boleh berbasikal di situ.
Dekat sini bolehlah berkunjung Taman buah2an, Taman kaktus, Menara Cerakah, Taman Herba, Fly Fishing, Empangan Sungai Baru, Perkampungan Budaya, Taman Hidroponik, Menara Pandang jauh, Taman Haiwan, Rumah 4 Musim dan banyak lagilah taman2 cuma tak ada taman syurga je kat situ....hihihi
Kita sempat mengelilingi Taman Botani dari atas train dan memasuki Rumah 4 Musim memandangkan mengejar masa sebelum taman ini tutup jam 4.30ptg....huhuhu
Kita antara pengunjung yang last keluar petang tuh...huhuhu. Nanti kita sambung cite di Rumah 4 Musim pulak.
Hokeh jaga diri dan hiasi peribadi, Allah nampak apa yang kita buat. Ehemm!
No comments:
Post a Comment