Nuffnang

Tuesday, April 17, 2012

MAHUKAH RM100,000.00?

Wow! Mahu shopping, jalan2 sana sinikah? Trylah join peraduan ini. Manalah tahu rezeki masing2kan. Kita pun nak try. Perghh! Makcik kayoooo..kohkohkoh

Dengan pelbagai rangkaian produk penjagaan peribadi serta kesetiaan pelanggan terhadap jenama ini sejak beberapa generasi, Johnson & Johnson mengadakan peraduan Setiap Hari Bersama Johnson’s sambil menawarkan hadiah utama sebuah kereta Nissan Grand Livina serta hadiah sagu hati percutian ke Club Med, Cherating untuk empat orang.



Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson, Soo Woon Yee, sejak sekian lama jenama ini memenuhi keperluan dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. 

“Sebagai tanda terima kasih dan meraikannya, kami ingin bersama-sama mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan menawarkan peluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM100,000,” katanya. 

 

 
Untuk merebut peluang ini, pelanggan hanya perlu mengikut tiga langkah mudah iaitu membeli mana-mana produk Johnson & Johnson dengan nilai minimum RM15 dalam satu resit.

Pelanggan boleh memilih mana-mana jenama seperti Johnson’s Baby, Johnson’s Body Care, Johnson’s pH 5.5, Carefree, Stayfree, Johnson’s Face Powder, Neutrogena, Clean & Clear dan Listerine. 


 
Pada borang peraduan, peserta perlu memadankan secara rambang perasaan mereka dalam seminggu berdasarkan perkataan yang menerangkan nilai jenama dan janji semua barangan Johnson’s yang terbabit dalam peraduan seperti kegembiraan, kesihatan, keyakinan, segar, keanggunan, keseronokan dan kecantikan.

Akhir sekali, lengkapkan maklumat diri pada borang peraduan dan hantar bersama bukti pembelian RM15 produk Johnson & Johnson. 
 




Tiada had bilangan penyertaan yang boleh disertai. Malah anda berpeluang memenangi hadiah utama dengan menghantar banyak penyertaan.

Sekiranya jawapan dalam bahagian pilihan perasaan sepadan 100 peratus atau paling hampir dengan pilihan juri, anda akan diumumkan sebagai pemenang bertuah, sekali gus membawa pulang kereta Nissan Grand Livina manakala lima peserta dengan jawapan paling hampir menerima percutian hebat di Club Med, Cherating.




Peraduan Setiap Hari Bersama Johnson’s bermula 1 Mac 2012 dan berakhir 30 April 2012. Borang peraduan dan produk Johnson & Johnson boleh didapati di semua kedai dan pasar raya utama seluruh negara.
 
Sumber Hmetro.
 
 

No comments:

Post a Comment