Nuffnang

Thursday, April 12, 2012

TSUNAMI LAGI DI ACHEH

Ya Allah, baru bulan lepas kita menonton video klip Tsunamai di Acheh yang berlaku tahun 2004 kalau tak silap. Masa menonton sehingga bais video tersebut macam2 kita rasa, sedih, terharu dan tak sedar airmata kita menitis melihat mereka menjerit2 meminta tolong untuk menyelamatkan diri. 

Ahli keluarga berpisah entah kemana2 untuk menyelamatkan diri masing2. Mayat2 yang menjadi mangsa bergelimpangan sana sini. 




Alhamdulilah, syukur! Kita semua  masih beruntung berbanding mereka semua, mungkin ujian Allah berbeza untuk umatNya. 

Sedikit masa dulu kita pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz, dia mengatakan sekiranya sesuatu tempat itu banyak membuat maksiat dan melanggar perintahNya tempat itu akan diturunkan bala oleh Allah dengan pelbagai bentuk, kerap diturunkan hujan lebat, banjir dan tsunami.

Kita baru je search Airasia, kot2 ada tambang murah ke Acheh minggu lepas tapi tiket tengah mahal. Rasa teringin kesana bila mendengar kawan2 yang baru balik dari sana menceritakan sejarah peninggalan Tsunami di Acheh. Teruja sesangat! 




Malam nih kita baca berita online dalam Sinar Harian tentang Tsunami lagi di Acheh. Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Ya Allah selamatkan mereka, kembalilah kepangkal jalan untuk mereka2 yang lalai dengan laranganNya.


No comments:

Post a Comment