Nuffnang

Thursday, April 12, 2012

RITA RUDAINI REDHA

Aduyaiiii, bila nak menulis bab sebegini berat je hati. Bukan apa, kita pun tak tahukan perjalan hidup kita. Mintak2 dijauhkan biarlah hingga ke syurga. Hurmm...

Hal perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin.




Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.

Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai.

Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.


No comments:

Post a Comment