Nuffnang

Thursday, April 12, 2012

INJUKSI : MAHKAMAH BENAR SRI WANI BUAT PINDAAN

Huh! Dan lagi kisah isteriku lelaki. Owh! Macam itukah?  Siaplah kita untuk menilai atau menentukan seseorang. Tengok dan jadikan pengajaran untuk semua.

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini membenarkan pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, yang berhadapan dengan isu pertikaian jantinanya, membuat penambahan perkara dalam injunksi 'ex-parte'.



 
 Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti, Bahrom Sunagi, 61, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan.

Dia  mendakwa Sri Wani seorang lelaki.


Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiga itu, yang dinilkahi pada 19 Ogos 2009.


Susulan kes itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Awal minggu ini, ibu saudara Sri Wani, Connie Chee yang memberitahu bahawa Sri Wani adalah perempuan.

Connie menceritakan, Sri Wani diserah kepada ibu bapanya sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

Sumber : Sinar Harian



No comments:

Post a Comment