Sekarang nih macam satu fenomena bila sebut je Felda, walhal biasa je bagi kita. Yelah kita membesar sebagai anak peneroka felda dari yang dahulunya hidup susah sampailah sekarang boleh dikatakan senang sedikit.
Mungkin persepsi orang luar mengatakan, anak felda mewah dan lupadiri. Mungkin juga, kadang2 manusia mudah lupa diri bila hidup mewah. Mereka menggunakan duit secara 'joli katak' tapi bagi yang bijak mereka berbelanja secara berhemah, mengamalkan cara hidup yang amat sederhana.
2 Minggu lepas Perdana Menteri ada mengumumkan pemberian bonus untuk peneroka, isteri dan anak-anak sebanyak RM15K. Kita sekadar memerhati sikap manusia, macam2 perancangan yang mereka nak lakukan bila mendapat imbuhan tersebut. Yelah, lain padang lain belalangnya.
Pada pendapat kita baik duit2 tersebut di labur dalam saham dan sebagainya. Mungkin ramai yang tak sedar Felda ada Koperasi Permodalan Felda. Koperasi nih setaraf koperasi 5 bintang. Bayangkan setiap tahun kita di bayar dividen 15%, jauh berbanding dengan saham2 yang sediaada.
Tak susah pun untuk masuk KPF, sekadar masuk wsite KPF. Borang boleh print dari situ secara manual, isi borang dan submit berserta wang RM20. Bayangkan kalau kita melabur RM10,000 setahun sudah mendapat dividen RM1500.00.
Pikir2kanlah wahai generasi felda, kita sekadar memberi nasihat sahaja, jangan sampai berparang kerana duit. Itu tak bagus! :)
No comments:
Post a Comment