Satu motivasi yang kita amik dari capaian Dr. Tengku Ismadi bin Tengku Mohamad untuk di kongsi bersama. Perkara yang baik haruslah di war2kan :)
Perkahwinan adalah satu sunnah. Perkahwinan bukannya sesuatu yang boleh
dianggap mudah. Permulaan satu ummah bermula dengan perkahwinan. Baik
keluarga baiklah ummah. Bahagia keluarga bahagialah ummah. Cemerlang
keluarga cemerlanglah ummah.
Dalam mengharungi liku hidup berumah tangga, banyak isu yang timbul. Antara ramai yang mengadu dan meminta pandangan ialah suaminya ada orang ketiga.
Kepada isteri yang disayangi Allah semua, siapalah kita yang mampu
melawan takdir dan ketentuan Allah. Ketahuilah dan fahamilah bahawa
setiap untung baik dan untung buruk itu semuanya dalam pengetahuan Yang
Maha Esa dan perancangannya. Apabila suami kita mahu beristeri lagi,
kita boleh menjerit, memekik, mengadu, marah, mencederakan diri,
berdendam, menyerang dan segalanya.
Namun, bukanlah
bermakna tidak boleh menghalang, boleh. Usaha untuk tidak dimadukan itu
boleh, asal sahaja ia tidak menuju kehancuran dan membuka ruang jin dan
syaitan mencucuk-cucuk hati dan perasaan. Kalau sudah tahu suami tidak
ada kemampuan misalnya, maka usaha menghalang dan memperjelaskan perlu
dilakukan. Tapi perlu dengan cara yang baik.
Kepada suami yang disayangi Allah, usahlah mengambil apa yang Allah benarkan itu secara melulu. Poligami adalah dunia yang berbeza dengan monogami. Suami perlu bijaksana dan bijaksini, kesabaran perlu tinggi, ilmu kekeluargaan perlu ada, anak-anak jangan terabai, kemampuan zahir dan batin perlu ada, agama mesti nombor satu, lafaz cerai dikunci rapat agar tidak terkeluar dari mulut dengan mudah, kekuatan mental perlu wujud, komunikasi mesti dua hala, hendaklah memahami situasi isteri, poligami bukan untuk dicuba-cuba, fizikal perlu sihat, pendapatan yang tinggi, jangan memperlekehkan isteri dengan fitnah, bercakap bohong dan banyak lagi perkara yang perlu dihalusi.

Renung2kan, selamat membaca dan selamat beramal !
No comments:
Post a Comment