Peduli apa orang kata, untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat
sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada
yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu
anda lalui.
Kuatkan semangat, jangan mudah
luntur semangat hanya kerana orang yang iri hati
dengan perubahan positif kita. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk
hijrah diri, tetapi Rasulullah pernah dibaling batu dan disakiti oleh
golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus
beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.
Matlamat yang utama pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Matlamat
yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan
matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat.
Owhh! Perubahan harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.
Bukan mudah untuk melakukan perubahan, lagi-lagi perubahan ke arah
kebaikan. Pernah tak anda alami situasi bila mana anda ingin melakukan
perubahan,terutamanya perubahan yang positif, kawan-kawan cakap macam
ni "eh, kenapa aku tengok ko lain macam je hari ni? Buang tebiat ke? Biarkan dengan mereka...huhuhu
Allah sesungguhnya telah berfirman:
"Sesunggunya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum s ehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " - Surah : Al-Ra'd 13:11
No comments:
Post a Comment