Nuffnang

Monday, May 14, 2012

HOT SPRING, SG. GERSIK

Lately nih kemalasan tahap melimpah ruah dalam badan, mungkin kena serangan virus M...hahaha. Banyak dah picture2 yang kita amik tak upload dalam lappy. Malaslah, patut kena babab bagus orang2 yang macam kita nih..hihihi

Ada semangat sikit malam nih so cepat2 upload semasa pergi Kolam Air Panas Sg Gersik 3 minggu. Puiiih! Tak kelaslah ko Jah sebut kolam air panas, sebutlah hot spring...hihihi







Untuk pengetahuan korang hot spring nih dekat sangat dengan rumah bapa mertua kita, kira bertuahlah badan kita dapat pergi hot spring selalu...kuikuikui. Beruntung jugaklah jadi menantu Wak Ju tuh, boring2 boleh bersantai2 kat hot spring. 

Masa anak2 kita masih kecil selalu sangat kesini bagi budak2 tu bermandi manda dengan sepupu dorang sampailah kulit masing2 warna pink...hihihi







Hot Spring Sg Gersik nih dengan rumah bapa mertua kita tak jauh mana pun, kalau drive rasanya dalam 10 minit dah sampai, memandangkan jalan kampung kenalah pandu slow and slowly. Kalau jalan bandar rasanya 5 minit dah boleh sampai.






Memandangkan kita dah janji dengan family bila balik kampung mentua nak jalan2 sini. Anak2 pun suka macam teruja, kalau tengok muka incik asben biasa je. Mungkin itu kampung halaman dia so dah tak ada perasaan kot..hihihi. Mesti tengah senyum baca entri nih. Cak!

Apa lagi kena lah tunaikan janji tu, awal pagi sabtu minggu ketiga bulan April kita kesini. Apa yang kita nampak infrastuktur pun dah banyak berubah., jalanraya nak masuk kampung Sg Gersik semakin lebar, kolam air panas berbumbung, ada chalet, play ground, surau dan ruang mandi. 

Dahulunya hot spring nih kurang terurus memandangkan kawasan ini kepunyaan salah seorang penduduk kampung tersebut. Kita ingat lagi rumah pakcik tu mengadap kolam air panas. Untungkan tanah pakcik tu boleh mengeluarkan punca air panas dari bawah tanah. Peliknya tak ada pulak jiran sebelah menyebelah yang tanah mereka boleh mengeluarkan mata air panas. Rezeki pakcik tu agaknya.

Kita rasa sekarang kawasan nih sudah di urus oleh Kementerian Pelancongan, nampak cantik sangat berbanding 10 tahun yang lepas. Banyak sangat perubahan. Kawasan ini pun bersih tanpa sampah sarap dan berpagar tapi masuk still free. Free ya kawan2 jangan risau...hihihi







Kalau cuti umum atau hari perayaan hot spring nih agak sesak dengan anak2 penduduk kampung berhampiran yang balik meluangkan masa di hot spring bersama keluarga juga orang luar. Masing2 ada yang datang bawa hajat nak cantikkan kulit kununnya bila berendam dalam kolam air panas nih. 

Masa kita sampai hari tuh, dah ada beberapa kereta plat wilayah dan Singapore. Sempat warga Singapore tu berbual dengan kita pasal kolam air panas nih. 

Dulunya ada beberapa buah kolam tapi apa yang kita nampak tinggal sebuah yang paling besar sahaja masih aktif tapi bila kita rasa dengan tangan, perghhh boleh melecur tangan ku ini...hihihi. Mungkin segala punca mata air sudah setempat so tahap kepanasannya agak lebih.









Jangan risau pulak ya, korang tetap boleh bermandi manda area tepi kolam paling panas ada disediakan  kemudahan untuk mandi, kalau takat nak mencicah air pun boleh bagi kulit pink kaler.







Satu keistimewaan yang terdapat di hot spring nih kolam air panasnya bersuhu sekitar 50 hingga 70 darjah Celsius  telah ditemui lebih 100 tahun yang lepas dan mempunyai kuasa mujarab penyembuhan kerana kandungan sulfur di dalamnya yang tinggi. 

Selain itu tempat ini dibuka dari 7 pagi hingga 7 ptg dan masuk adalah percuma bagi semua pengunjung.







Ada juga cerita2 mitos tentang hot spring nih tapi kita tak pernah amik kisah....hihihi. Apa aku kisahkan sebab kita tak suka menyusahkan orang lain. Penting sekali hati dan niat mahu baik ya...huhuhu

Biasalah orang nih suka mengeluarkan cerita yang diada-adakan yang tidak masuk akal  secara langsung ia menggerunkan ramai pengunjung. Mereka yang mendengarnya telah memilih untuk menjauhi tempat itu dan mengelakkan diri dari menginap di chalet di situ. 

Terdapat beberapa cerita mengenai penduduk kampung yang menemui seekor ular yang besar dan panjang sehingga ukuran 30 m dan pokok kelapa bergantungan di atas pokok sekitar kolam. Ular yang amat besar yang tidak dapat dilihat hujung pangkal kepala dan ekornya. 

Ada yang mendakwa mereka berjumpa dengan lelaki tua yang muncul dan ghaib secara tiba-tiba. Kebanyakan kejadian berlaku pada masa maghrib dan malam. Ntah sukar nak percaya, bagi kita itu sekadar cerita-cerita dongeng sahaja.

No comments:

Post a Comment