Nuffnang

Monday, June 25, 2012

Batu Layar - Aduyaiii! Khemahku Terbang

Salam hari jumaat semua, moga kita semua dijauhkan Allah dari perkara2 yang tak baik dariNya. Kali ini kita ingin berkongsi beberapa keping gambar untuk projek tak menjadi anak bujangku itew...hukhukhuk. 









Sebelum berangkat ke Batu Layar lagi dia dah simpan angan2 nak tido dalam khemah bersendirian. Ceh! Tak agak2 masa nak pergi cepat2 capai beg khemah nih dari dalam stor. Kita biarkan je, anak2 dah besar panjang ikut selera masing2.








Dalam sejam tinggal dalam chalet dia dah sibuk keluarkan khemah dari dalam kereta, untuk mencari lokasi yang strategi kekununnya. Pasang  sendiri, lepas tuh semua tolong...hihihi. 

Punyalah bagus pasang  penuh cermat, lepas tu cari kayu api untuk buat unggun api. Layankan je...hihihi











Lepas solat maghrib, kita sekeluarga nak memulakan BBQ punyalah angin kuat bertiup hinggakan ayam dan sosej yang kita panggang tak masak2....hihihi

Anak bujang kita lari ke khemah untuk memastikan khemah dalam keadaan baik, tapi sayang musnah harapan untuk tido dikhemah malam itu. Berhempas pulas dia cuba mengikat tali khemah di dahan pokok tapi angin lagi kuat dari segalanya malam itu.

Akhirnya bahagian tengah tulang khemah terpatah dua, ada orang tu impian tak menjadi kenyataan. Malam tuh kena tido chalet bersama kami...hahaha

Ada cite misteri sikit, anak bujang kita tido paling lewat sebab tengok bola kat cafe. Balik tak masuk chalet terus duduk pantai sebelah chalet. Dia nampak ada perempuan pukul 2.00pg mandi kat pantai sorang. Eiiii...seram tuh, dia peratikan je sampai masuk chalet. Bangun pagi baru cite, sebab ada ada orang pengecut dalam  chalet tu so jangan cite yang pelik2...hihihi

Sebelum pegi situ pun kita dah searching kat incik google, terbaca gak tapi tak nak buka mulut dengan incik asben dan anak2...hihihi. Bimbang dorang takut. Akhirnya anak bujang kita nampak sediri. Biarlah orang nak mandi pagi2 buta apa salahnya...hihihi. Eksenlah dah kat rumah bolehlah cakap camni, berani kat sana, bisu seribu bahasa...hahaha


4 comments:

  1. eee..menyeramkann.. tak sanggup rasanya kalau terjuma yg macam tu..

    ReplyDelete
  2. Azian Elias, Kalau jumpa lenkali tanya sapa nama? ceh! beranikah haku...hahha

    ReplyDelete
  3. Nasib baik malam tu anak bujang CT tak boleh tido dlm kemah...kalau tido mcm mn tu?

    ReplyDelete
  4. ashmami : alahai kak dia siapsnap gamba lg tp imej kabur...

    ReplyDelete