Nuffnang

Thursday, June 21, 2012

Batu Layar - Tempat Tumpuan Lensa

Sejam di Batu Layar sudah membuat kita paham lokasi ini satu tempat yang cukup menarik dari segi pemandangannya. Tak mustahil selama 2H 1M sepanjang kita di sana banyak betul jurugambar yang datang untuk mengambil gambar di kawasan resort dan pesisiran pantai Batu Layar.










Apa yang kita perhatikan hari pertama di sana dari jam 2.00ptg sehingga jam 6.00ptg kita nampak kehadiran 8 pasangan pengantin silih berganti yang datang kesitu untuk bergambar di sekitar kawasan ini. Wow! Sangat cantik, kalaulah boleh di ulang zaman kegemilangan dolu2 terasa macam nak balik zaman tu semula...huahuahua

Wah! Berangan ajelah kak CT oiiii...hahaha. Lupakan yah! 









Seronok bila berkunjung ke sini kerana airnya bersih, pantai yang landai dengan pasir yang sangat halus. Pantainya berdekatan dengan Desaru dan Tanjung Balau. 

Pantai Batu Layar ni cukup sinonim dengan jurugambar perkahwinan, datang sahaja pada tengahari atau petang, pasti ada sahaja pasangan dua sejoli yang sedang bergaya dicelahan batu berbentuk layar kapal yang pemandanganya pasti memukau.











  

Selesai sesi menyesuaikan diri di pantai, kita sekeluarga mula melakonkan aksi jakunese bersama bermain dengan ombak dan terus berjalan di pesisiran pantai sambil melihat hidupan laut sperti ketam halus yang terus berjalan laju.

Sesekali seperti terkaku disitu, kami terus bermain tanpa rasa dikejar atau terkejar masa petang itu memang syok jadi anak laut, sambil menjeling kepada kapal kargo yang nampak besar dihadapan sana. Melihat juga kanak-kanak  yang datang seronok bermain pasir di pantai sambil dipantau oleh ibubapa mereka.














Memang kawasan disini tempat yang meyegarkan untuk berehat kerana terdapat banyak pokok yang menjadikan kawasan pantai kelihatan redup dan ddapat mengelakkan dari cuaca panas. 

Cuma saya tidak mampu menafikan kawasan pantai ini terdapat masalah kebersihan yang agak membimbangkan kalau dibiar berpanjangan. 

Mungkin kerana tanah dikawasan pantai ini masih dimiliki oleh orang perseorangan, maka kebersihan setiap kawasan ini adalah bereza-beza. Lagipun memang ada segelintir pengunjung yang agak kurang sopan membuang sampah sesuka hati.



No comments:

Post a Comment