Wednesday, June 20, 2012

Batu Layar - Batu Layar Beach Resort

Selamat malam semua, kita bersiaran malam ini menaip entri sambil mengenakan masker dimuka. Alahai tegangnya muka nih ko Jah, tanpa bercakap langsung...hihihi

Kali ini kita nak sambung percutian minggu lepas sewaktu di Batu Layar. Kita menginap di Batu Layar Beach Resort. Wah! Ramai sungguh pengunjung resort ini bila hari semakin petang.

 










Hari Sabtu yang lepas, kita dapat luangkan masa bersama keluarga dengan membawa anak-anak bermalam di Pantai Batu Layar.  Rasanya dah kurun keberapa kita tak menjejakkan kaki kesana. 

Keadaan pantai Batu Layar lebih selamat  kerana keadaan pantainya yang landai dan arus yang tak berapa kuat jika dibandingkan dengan pantai di Tanjung Balau. Setiap tahun ada saja laporan kejadian mati lemas di pantai Tanjung Balau. Alahai tu yang malas nak dengar berita2 camtu.














Sesiapa yang bercadang hendak bermalam di Batu Layar bolehlah menginap di Batu Layar Resort dengan harga yang amat berpatutan. 

Dinasihatkan agarm membawa bekalan makanan yang secukupnya kerana di sana hanya punya satu kedai makan dan runcit yang terletak di  resort ini. Harga pun berpatutan kalau dari segi makanan dan barang runcit. Kalau nak keluar pekan paling hampir ialah di Bandar Penawar kira-kira 15 KM jauhnya.



 









Kalau mengikut perancangan awal kita sudah buat tempahan bilik Standard tapi bila sampai di sana secara kebetulan bilik Deluxe belum ada yang menempah so kita tukar saat akhir. 

Memandangkan bilik Deluxe mengadap pantai, lebih besar  dan selesaitu yang buat kita rasa teruja sangat untuk  menginap di bilik Deluxe. Jangkamasa 2H1M kami dikenakan caj bayaran RM170.00 dan berbaloilah untuk kami seisi keluarga.

Bagi yang berminat bolehlah hubungi Batu Layar Beach Resort 607 8222044 untuk sebarang tempahan.


No comments:

Post a Comment