Nuffnang

Sunday, June 3, 2012

Hidup Lebih Bermakna

Hampir senja jam 6.48 petang, sementara menunggu azan Maghrib. Inilah akibatnya, semalam  tidur lewat  kemain lagi sampai subuh gajah. Bukan kita macam gajah yah! hahaha

Sambil-sambil menunggu laungan seruan, kita belek2 novel 'Bicara Hati'  pemberian anak dara kita yang dihadiahkan untuk kita tempohari. Dia tahu ibunya suka membaca. Terima kasih kakak, I luv you!





Baru 2 tajuk kita baca. Nak share keseluruhan buku, belum layak. Layan pra-katanya, dan catatan-catatan awal dalam buku ni. Ini pun berhenti nak melayan blog kesayanganku ini. 

Korang biasa tak bermuhasabah diri, duduk diam dan bersyukur. Kalau tak biasa kena biasakan yah. Syukur lagi. Syukurnya  atas setiap perkara yang kita terima hari ni, lebih daripada perkataan 'syukur'. Syukur kita bukan sekadar menyatakan syukur di blog ini. 







Kerana Dia sahaja yang mengerti setiap perit yang kita pernah hadapi sebelum ni.  Alhamdulilah syukur. Antara yang buat kita  bersyukur, dikelilingi orang  yang baik-baik.

Sabar itu sangat cantik. Biarlah orang buat kita, kita jangan sesekali, kita percaya satu hari orang tuh akan lebih baik dari yang kita harapkan. Sebab wujudnya rasa malu, jangan sesekali melayan sikap syaitan yang langsung tidak mendatangkan faedah pun.





 
Kita selalu mengigatkan diri sendiri 'Syurga untuk orang yang baik-baik'. Kerana itu kita kena buat sebanyak mungkin kebaikan di dunia ini. Dunia ini, tempat dijadikan untuk kita berkerja keras, jangan jadikan orang lain tempat kita terjebak dengan perkara-perkara yang tak disukaiNya. Jangan sesekali bertelingkah sesama manusia, muhasabah diri sekali pun di benci orang. Tanya dan rendahkan diri apa kesilapan diri ini. Kita lebih selesa menjadi kita adalah kita! Hidup ini mudah jangan cari masalah yah.

Peluang yang sementara ini memberi  jawapan kehidupan di akhirat dengan lebih mudah, bukan sekadar amal dan ibadah yang dikejar tetapi ukhwah sesama manusia sangat penting. Dan biarpun kadangkala ketidak persefahaman itu datang kita semua tetap bersama sebab kita semua seagama Islamkan? 





Kita percaya, landasan atau tiang untuk mengukuhkan sebuah persahabatan, adalah agama. Itu sudah cukup untuk menjaga keseluruhannya. Insyaallah. Kerana setiap persahabatan itu datangnya dari Tuhan, maka semua orang perlukan cinta dari Tuhan.

Belajarlah untuk mengenal sedikit erti kehidupan, biarpun sedikit tapi cukup bermakna untuk sebuah persahabatan.
 
Sekadar  memerhati sebuah kehidupan, biarkanlah dengan mereka-mereka. Sampai bila? Satu hari nanti  masing-masing akan sedar tak  kemana pun, jalan kebaikan juga yang dicari. Yah! Kita percaya itulah kebenarannya....



2 comments:

  1. Syukur Alhamddulillah...ad juger mknan halal kt sni wlpun x sbnyk kt m'sia, ngee. Nice entry sist :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I miss u dear, take care @ Holland.

      Delete