Nuffnang

Sunday, June 3, 2012

Zon Jati Boleh!

Wah! Nampaknya jabatan kita sudah ada kemajuan, bermakna mengorak selangkah lagi dengan projek 5S. Kita tersangatlah menyokong dengan kewujudan projek nih sebab lebih sistematik. Bukanlah segalanya sampai bersistematik tapi segala benda nampak lebih kemas, cantik dan menarik. Kira lagi debooomlah...hihihi. Orang2nya je tak berubah, kalau boleh dah lama kasi  repair mana yang patut. Uitss! Suka hati kita je...hahaha

Sekarang nih, kalau petang jumaat ada xtbt mengemas stesen masing2 dan buat apa yang patut untuk projek 5S demi kebaikan jabatan. Kalau dah tak ada benda yang nak dibuat bolehlah bersihkan stesen bas ya...Blekkk!





Masing2 berlumba-lumba nak mencantikkan jabatan termasuklah kita yang macam ikan lomba-lomba...hahaha. Tak idea langsung, ikut je arahan. Orang suruh buat A , kita buatlah A, orang suruh buat B, kita buatlah B. Mudahkan, jangan nak pening2kan kepala. 

Tugas kita menghijaukan pejabat so kita lebih banyak berurusan dengan pokok2. Lagi pun kita lebih selesa dari berurusan dengan manusia. Buruk2 pun bercakap dan bergaduh dengan pokok je...hihihi. Hati tak sakit..hahaha

Mudah2an semuanya bersatu dapat melaksanakan projek 5S dengan baik dan sempurna. Yah, Zon Jati boleh!


No comments:

Post a Comment