Monday, June 11, 2012

Pasar Tamu @ Johor Bahru

2 Minggu yang lepas kita ada sembang2 dengan kakak kita, mula2 topiknya mengenai orang Sabah dan Sarawak. Tiba2 kakak kita sebut tentang kewujudan Pasar Tamu di Johor Bahru. 

Macam pelik2, banyak kali kita pikir....kuikuikui. Motifnya macam jakun sket...hihihi. Kita belum pernah pergi dan melihat suasana pasar tersebut tapi cuba searching dalam incik google. Akhirnya jumpa juga dalam versi bahasa inggeris dan Iban. Krong kreng, krong, kreng! Alahai! Paham2kan jugak...hihihi






Pasar Tamu terletak di Taman Megah Ria, majoriti penduduk di sini kaum Iban yang mencari sumber rezeki disekitar Johor Bahru dan negara Singapura. Owhh! Itu macamkah? Aktiviti pasar Tamu pada petang rabu dan pagi ahad sahaja.  Rasa teruja juga untuk pergi  kesana, bukan untuk berbelanja tetapi sekadar melihat aktiviti mereka.

  



 
Pengunaan bahasa  juga dalam bahasa Iban. Insyallah kalau kita kesana  masih di layan kot....huhuhu. Barangan yang dijual juga agak terhad, memandangkan diterbangkan dari jauh saban minggu. Kelas ko Jah! hihihi 




 

Pada asasnya, boleh menemui hampir semua yang diimpikan dari rumah. Barangan yang dijual adalah kebanyakannya hasil dari hutan  seperti pucuk buluh, pakis liar, buah salak, asam paya, buah dabai, umbut kelapa, timun, daun labu, daun ubi, daun sabung dan sebagainya. Ada juga kuih-muih tradisional seperti Penjaram, kuih Sarang Semut, roti Jala dan banyak lagi.






Terdapat juga bekalan lain selain sayur-sayuran seperti haiwan liar eksotik seperti daging rusa,
tuntung air, ulat bulong, obor-obor, musang, cacing, katak hidup dan banyak haiwan liar yang lain yang dijual. Ayoyoyo! Ngerisnya kita...hukhukhuk.   Boleh juga mencari ikan air tawar, ikan pekasam, ikan Salai, belacan Bintulu dan juga yang terkenal Sarawak terubok masin. 






Selain daripada hasil hutan, pasaran tempatan Iban  Sarawak iaitu  majalah dan akhbar seperti Senawah, Pegari, Kenyalang dan Utusan Sarawak.

Daging2 eksotik yang tidak halal dilarang sekali untuk dijual disitu memandangkan pengunjung yang datang terdapat juga penduduk Islam tempatan. Peniaga yang datang untuk menjual daging eksotik yang tidak berdaftar di bawah program ini dianggap menyalahi undang-undang.






Manakala penjualan VCD karaoke dan CD audio dijual semuanya diimport dari Sarawak. Kebanyakannya adalah lagu-lagu Iban dan beberapa lagu Bidayuh dan sebagainya.

Kita dipahamkan peniaga-peniaga Pasar Tamu ini boleh membuat beratus-ratus ringgit dalam beberapa jam. Kesimpulannya, pengalaman was great! Sekurang2nya mereka berbangga melihat rakan-rakan Sarawak yang yang rajin berusaha di bumi Johor ini.



Hasil maklumat yang kita baca kaum Iban yang menetap di Bandaraya Johor Bahru mencecah 30,000 orang, patutlah Pasar Tamu diwujudkan untuk kemudahan mereka.





1 comment: