Nuffnang

Tuesday, June 12, 2012

Pertandingan Pentaque - Pingat Emas

Syukur! Alhamdulilah, Kita percaya dengan rezeki Allah akhirnya kemenangan berpihak pada team kita petang semalam. Laluan agak mudah di peringkat final, cuma agak cemas semasa peringkat separuh akhir. Namun usaha dan teamwork yang baik pasti menghasilkan kejayaan.






Kita seorang yang main single dan 3 orang lagi main double. Huh! Sesekali cemas juga bila pihak lawan mengatasi point tapi kena fokus dan tenangkan diri. Puas kita membaca Fatihah dan berselawat setiap kali nak melontar bola...huhuhu. Yelah siapa lagi kalau selain Dia yang kita minta pertolongan iya tak?





Untuk sifu2ku yang sentiasa mendidik dan memberi motivasi, Fiza, Abul dan Idham terima kasih banyak2, jasa kalian akan kita kenang sampai bila2. Tanpa mereka bertiga kita tak kenal apa itu permainan Pentaque. Latihan saban petang banyak memberi pengalaman yang cukup bermakna buat diri kita.





Kita percaya yang pasti kita semua boleh menjadi sebuah team yang baik kalau di gilap lebih baik lagi. Alhamdulilah kejayaan pingat emas untuk kali ini. Insyallah jumpa lagi tahun 2013.


2 comments: