Nuffnang

Tuesday, July 17, 2012

Gardens By The Bay, Bakal Jadi Tarikan Ke Singapura

Hanya mampu berkata dalam hati "Woww" bila melihat gambar2 di bawah iya tak? Huh! Sangat kagum dengan kehebatan negara maju.

Gardens by the Bay di Singapura ialah satu projek bernilai £350 juta di kawasan bandar Marina Bay. Pokok2 yang bersaiz gergasi buatan manusia akan menghiasi kawasan ini. 

Ianya dilengkapi panel suria, taman tergantung dan tadahan air hujan. Satu ruang kehijauan yang besar juga akan dibina di bawah projek ini untuk menjadikan Singapura kota botanikal dunia.










































Apabila siap nanti, taman ini akan menjadi kawasan rizab hutan dan juga akan menjadi tuan rumah kepada Festival Taman Singapura. 

Pelawat akan berpeluang untuk mengambil gambar berlatarkan panorama taman ini via sebuah laluan pejalan kaki di udara, yang dipanggil OCBC Skyway. Bagaimana, menarik tak? 

Sila layari Gardens By The Way untuk mengetahui lebih lanjut.

Alhamdulilah, orang Johor boleh tumpang sekaki termasuk orang yang menaip entri ini...hahaha.

Sumber : AmazingNara & CT



4 comments:

  1. Subhanallahhh... speechless lah..

    ReplyDelete
  2. Bila Malaysia nak buat pulak ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntahlah Eynda, tunggu hutan2 kita tinggi melangit gaknya...hikihkih

      Delete