Wednesday, August 15, 2012

Deco-Deco Raya



Syukur Alhamdulilah!

Hari nih kita cuti sakit jadinya abiskan masa dirumah. Memandangkan semalam ahad kita beriya2lah sangat membersihkan kesemua bilik tidur, bilik air, ruang menonton di tingkat atas. Malamnya kita kena asthma, mungkin alahan habuk. Itu pun dah pakai penutup mulut dan sebagainya. Uols nak tahu tak, setiap kali menyapu rumah kita akan pakai penutup mulut bagi tujuan alahan. 

Malamnya kita lepak keletihan dan macam nak demam urat. Baru kita terasa, dah tak boleh melakukan kerja-kerja berat sebagaimana usiaku 30an dahulu. Namun, semua kesakitan itu hilang apabila melihat rumah kemas dan bersih.

Ini pun tangan dah gatal nak buat macam2 benda tapi motivasi diri sendiri 'sayangilah diri anda sendiri'...huhuhu








Selesaikan satu bab pembersihan rumah walaupun tak selesai 100%, masih lagi nak dibersihkan sawang2 yang tinggi, mencuci porch dan memasang langsir. Kerja-kerja ini giliran incik suami dan anak bujang kita pulak. 

Rilek2 eh! Nanti mak Jemah bagi keja...hihihi. Ngulolah sangat kita kasi dorang sental lantai porch kat depan...hikhikhik. Dah macam penderaan bunyinya...hukhukhuk








Kesempatan hari ahad semalamlah kita bersama anak daraku yang sorang tu dok membersihkan apa yang patut. Actually rumah kita taklah berselerak sangat memandangkan tiada kanak-kanak ribena. Kalau yang nak selerak pun setakat kucing kita si Betty dan Bron rasanya budak2 tuh pun baik2 belaka. 

Rasanya kita balik keja atau tinggalkan rumah begitulah rupanya. Belum pernah barang2 rumah nih dorang pecahkan atau sebagainya.







Walaupun penat dan sakit badan sampai mak semput nak...huhuhu. Kita rasa puas hati melihat dalam rumah bersih dan kemas. Kita alih susunan perabot, mengangkat itu dan ini bersama incik asben. 
Rasanya semua orang macam apa yang kita rasa. Mood raya dah nak sampai kan. Haruslah kita sebagai mak-mak mula sibok nak ngemas-ngemas rumah walaupun tidak ada penambahan perabot dan sebagainya. 







Langsir ruang tamu pun tak berganti cukuplah sekadar pakai yang lama. Kita lebih selesa bersederhana. Mak tak kisah nak...huhuhu. Mungkin langsir bilik2 tidur yang perlu diganti baru sebab anak-anak dah complain...hikhikhik

Insyallah minggu nih  balik keja dengan incik asben terus ke shopping complex nak cari langsir mengikut selera bilik tidur masing-masing. Langsir bilik tido kita dah lama siap dengan tema warna maroon.  I loike!




Memandangkan perancangan last minute, sesi mengecat rumah ditangguhkan selepas raya. Takut raya2 rumah berbelang-belang uols...huhuhu. Lagi pun cat rumah nih masih nampak elok sebab tak ada lagi tangan2 yang sudi melakar pelbagai lukisan di rumah nih macam dulu...huhuhu

Kalaulah Eric Leong tengok deco-deco rumah kita sure gelak beso. Inilah yang kita mampu nak lakukan, ikut kreativiti sendiri...huhuhu. Mak Jemah tak mahir sangat, rumah sendiri bolehlah...huhuhu



1 comment:

  1. cantik jer umah akk..kemas sangat..huhu..anak pn dah besar2kan..lapang je dada lau balik umah ofkos.hehe.

    yg penting dapur tu, i loike sangat..luas dan teratur..btuah cik abang..alhamdulillah..

    ReplyDelete