Nuffnang

Wednesday, August 15, 2012

Bio Eseence Tanaka White - Renewal Night Cream

Syukur Alhamdulilah!

Kata nak raya, nak rumah cantik, nak wajah cantik. Senang kata semuanya nak perfect. Itu macamkah? hihihi. Kita nih nak share dengan korang hasil dari pengamatan kita selama nih.

Hamba Allah nih kiranya geng surau kitalah sebabnya setiap pagi kami akan bertembung dalam bilik solat untuk menunaikan solat sunat Dhuha. Bezanya dia nih Ketua Bahagian, kita nih tukang sapu...hahaha. Itu bukan halangan untuk kami berbaik betul tak?




Dulu yang kita kenal dia nih secara jujurnya memang cantik pada pandangan mata kita tapi ada spoilt sket kat muka dia. Jeragat  yang agak ketara. Tompok2 hitam yang agak jelas tapi sekarang jauh berubah semakin usia meningkat.

Hah! Mak Jemah mulut dah ringan je nak bertanya apa produk yang dia guna membuatkan jeragatnya nampak semakin ketara pudarnya. Memula kita pujilah dia...huhuhu. Datuk Fadzilah Khamsah kata mulakan puji-pujian kepada seseorang untuk memulakan perbualan. Kita puji dia secara jujur dan ikhlas...hihihi




Keesokannya kita masuk surau lebih awal dari dia. Lepas solat kita rilekkan diri duduk atas sejadah. Masa nak makeup bersama kita tanya dia produk yang dia guna...huhuhu. Selambanya mak Jemah masa tuh. Dia pun jawab macam teragak-agak..huhuhu. Biotherm, saya guna yang night cream, sambil kami bersembang-sembang.

Keluar surau terus tanpa agak2 kita mengoogle produk Biotherm...hihihi. Bacalah testimoni pengguna tapi macam tak seronok je...huhuhu. Kita abaikan malas nak pikir lagi pasal jeragat nih. Pikir pasal raya...huhuhu

Pagi semalam, masa kita melangkah masuk surau dia dah ada dalam surau sedang mengenakan sedikit makeup. Dia bagi tau kat kita, hah! nak bagi tau nih saya hilangkan jeragat guna Bio Essence Tanaka Night Cream....xoxoxo. Macam itukah?




Tak agak2 mak nak, ghase tak nyabonya nak guna. Terus searching uols, mengalahkan remaja tua....huhuhu. Bila kita baca banyak testimoni dan komen2 yang sangat positif. Ooooh! Bagus ya. Ingat nak trylah produk nih, bagi hilang jeragat2 yang degil kat muka mak Jemah nih. Hamik ko jeragat...huhuhu

Jadi nak minta pendapat kawan2. Ada siapa2 yang pernah guna Bio-Essence ni. Ok tak hasilnya? Bukan apa, saya ni jarang tukar2 produk penjagaan muka. Memang setia pada yang satu, tu jer lah guna sampai rasa ada produk lagi bagus. Kalau siapa2 pernah guna, share2 yer pengalaman dengan kita...huhuhu


3 comments:

  1. he hesweet sgt baca tulisan awak nih. z pun banyak gak jeragat, siap macam pipi merah la pulak kiri dan kanan.. macam-macam da cuba cuma x lah sampai tahap guna SKII. Baru-baru ni kawan ada introduce bio-essence sun block spf 50. Alhamdulillah, baru 1 minggu guna dah ada berkurangan tanda jeragat tu.. Skrg ni bila dah terbaca blog ni , nak pula rasa beli night cream dia pulak.. mana lah tau.. boleh hilang terus jeragat pemanis muka tuh :)

    ReplyDelete
  2. Zi....jom lomba guna Bio Essence..nanti dah santik mantik bolehlah share dgn kwn2...hihihi. Owhhh guna sun block dia ya...boleh mencuba gak nih...

    ReplyDelete
  3. bio essence memang elok kak.....nini pernah guna, tapi yang trial je la..tak mampu aih...mahai...hehe

    ReplyDelete