Nuffnang

Wednesday, August 15, 2012

Rose Garden


Syukur Alhamdulilah!

Cantik tak garden mak Jemah, pujilah sendiri  iya tak, kalau bukan diri sendiri yang dok nak memujikan...hihihi. Entahlah sejak dua menjak nih kemain berkobar-kobar kita nak menanam pokok ros uols. Macam buang tebiat je..hihihi










Hah! Tak agak2 nak membeli pokok bunga ros kat nurseri. 5 pokok sekali merembat uols...hihihi. 3 pokok dah tanam dalam pasu dan yang 2 lagi nak bawa pegi tanah perkuburan. Adalah projek XXL yang mak Jemah nak buat. Macam serem je bunyinya...hukhukhuk. Entri lain eh kita cite...ngeee









Pokok Bunga ros ni senang nak tanam. Guna keratan batang je. Sesudah ditanam samada dalam pasu atau terus ke tanah, ia akan hidup macam biasa. 

Tapi jangan tanam di bawah teduhan, bukan tak hidup tapi takut-takut tak berbunga pulak. Nanti siapa yang kecewa? Mak Jemah jugak...huhuhu







Wah! Cantiknya pokok ros kita bila dah upload dalam blog....ngeee. Puji lagik. Bagusnya pokok ros nih walaupun dah dikenali beratus-ratus tahun namun masih menjadi bunga pujaan ramai peminat bunga ros di Malaysia masa kini. Lagi lama lagi orang cari.

Selain mempunyai bunga yang cantik, pokok bunga ros ni mempunyai bentuk yang pelbagai dan warna tuh tak usah nak citerlah punyalah banyak, merah, putih, oren, pink, merah muda, kuning, peach dan banyaklah lagi. Itu belum yang dikacuk. Sememangnya cantik dan baunya wangi pulak. Itulah yang siang malam nak dok membelek sampaikan incik asben dah kunci pintu kita keluar lagi nak tengok bunga2 ros yang tengak mengeluarkan kuntuman bunga. Cantiklah uols...huhuhu


No comments:

Post a Comment