Syukur Alhamdulilah!
Alahai, malam2 nih kasi mata segar dengan membaca kisah Sri Wani. Macam dah gosip2Kita baru kejap baca artikel kisah Sri Wani Choo hari ini. Beritanya yang mengemparkan tanahair beberapa bulan yang lepas. Cuba klik hmetro.
Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas
jantinanya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira
selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan
yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan
bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk
permohonan dipisahkan perkahwinan dan perintah mahkamah
agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas
meragui jantina sebenar wanita terbabit.
Mahkamah turut menolak permohonan komital dan perintah
menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang
difailkan oleh Bahrom sebelum ini.
Yang musykil ni, betul ke dia asalnya seorang lelaki?
ReplyDeleteTak surelah AA, hanya dia dan Allah je yg tahu...:)
Delete