Nuffnang

Thursday, August 30, 2012

Mahkamah Tolak 4 Permohonan Suami Pertikai Jantina Sri Wani

Syukur Alhamdulilah!

Alahai, malam2 nih kasi mata segar dengan membaca kisah Sri Wani. Macam dah gosip2Kita baru kejap baca artikel kisah Sri Wani Choo hari ini. Beritanya yang mengemparkan tanahair beberapa bulan yang lepas. Cuba klik hmetro.




Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas jantinanya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk permohonan dipisahkan perkahwinan dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.

2 comments:

  1. Yang musykil ni, betul ke dia asalnya seorang lelaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak surelah AA, hanya dia dan Allah je yg tahu...:)

      Delete