Nuffnang

Monday, September 17, 2012

Hari Makan Sedonia

Syukur Alhamdulilah!

Weeeeeee! Semalam dan hari ini seolah2 hidup untuk makan...hihihi. Mana idoknya, pagi, petang dan malam makan manjang. Melarikan diri dari open house sana sini tapi ada je orang yang still menjemput jamuan raya dan undangan majlis perkahwinan.





Tengahari semalam menghadiri majlis perkahwinan opismate di dewan MDJBT, kemudian majlis perkahwinan jiran berhampiran kediaman kita. Balik solat zuhor dan mandi untuk tukar baju.

Keluar semula ke Pulai Mesra untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas ex wife adik incik asben. Kemudian menghadiri open house rumah Ketua Bahagian, HO (Bukan Halim Othman ya...huahuahua) yang berhampiran kediaman kita.

Balik untuk besolat dan tukar baju kemudian menghadiri open house rumah adik ipar.

Hari ini pula, ikutkan ada 2 jemputan majlis perkahwinan dan 2 open house. Memandangkan ada tetamu nak datang rumah jadi kita batalkan semua aktiviti jemputan, tajuknya kena  memasak untuk tetamu yang bakal hadir kerumah.

Sempat kita buat bakso sebagai hidangan tetamu yang datang, bila tetamu balik sempatkan diri untuk pergi open house rumah kenalan bersama incik asben. Makan sampai lebam tak sedar dah maghrib sampai rumah...huhuhu

Eiiii...kalau hari2 macam nih boleh pingsan mak nak! Makan, makan, makan...huahuahua

2 comments: