Nuffnang

Monday, September 17, 2012

Legoland Saingan Baru Universal Studio @ USS

Alhamdulilah Syukur dengan apa yang ada...

Kita ada terbaca dalam front page Kosmo semalam tentang Legoland yang boleh menyaingi Universal Studio Singapore aka USS. Sejauh mana? Tak pasti, tepuk dada tanya selera masing2.


 Legoland


Lebih 10,000 orang membanjiri Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam sekali gus menjadikan Johor dan Iskandar Malaysia sebagai antara hab hiburan utama di Asia.
 
Ribuan pengunjung berbaris menanti dengan penuh sabar seawal 7 pagi untuk memasuki taman tema yang berkeluasan 31 hektar itu yang terletak di Nusajaya dekat sini. 


USS


Keadaan itu sekali gus mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan baharu pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.

Ia merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman.

Sebagai simbolik kepada upacara pembukaan, Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst menaiki kereta penyelamat mini Lego sambil diiringi persembahan pancaragam dan maskot yang memeriahkan lagi suasana.

"Ia merupakan saat yang begitu emosi untuk saya dan setiap orang di Legoland. Saya amat bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang merasakan saat emosi seumpama itu di sini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

2 comments:

  1. hopefully impian jadi kenyataan.. jangan hangat2 tahi ayam je kan..merugikan saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, bila AE nak gi Legoland...?

      Delete