Alhamdulilah! Syukur dengan apa yang kita lalui sekarang punya keluarga, punya kesihatan yang baik, dapat rezeki yang halal dan hidup dalam kesederhanaan.
Bertemu kita untuk minggu ini kerana minggu lepas blog kita agak sunyi. Bzlah kekununnya, banyak sangat komitmen yang nak dilakukan...hikhikhik. Baru malam semalam aktif kembali berblog. Aduyaiii! mak rindu nak menulis nak...huhuhu
Kali nih nak cite tips kecantikan yang tak berapa nak ngetiplah kekununya sebab semua bahan boleh dapat dari farmasi yang berhampiran contohnya Watson, Guardian dan sewaktu dengannya :)
Apa pun jenama, paras rupa dan sebagainya bukan jadi ukuran yang penting rajin dan ada kemahuan untuk menjaga kecantikan wajah. Ceh! Macam nak bagi motivasi la pulak mak nenek nih...hahaha.
Pelbagai cara untuk menjaga agar kulit wajah nampak bersih dan berseri selain berwuduk. Gluppp! Salah satunya penggunaan face mask. Kita lebih selesa menggunakan Bird's Nest Mask yang dibeli di farmasi. Kita selesa dan rasa serasi dengan mask buatan Korea. Muka kita nih pantang terdedah direct bawah sinaran matahari muka cepat sangat kusam...huhuhu
Kebiasaan seperti yang dijangkakan bila menggunakan Bird's Nest Mask, dalam masa 5 hari je kulit
bertukar menjadi Snow White...hahaha. Ishhh! Tak adalah white sangat
pun gurau je tapi boleh rasa sedikit perubahannya.
Bird's Nest Mask nih lebih kepada
mengembalikan kulit yang kusam menjadi lebih berseri. Tekstur kulit pun akan jadi sangat
halus dan lembut. Yang penting, pemakaiannya haruslah konsisten.
No comments:
Post a Comment