Syukur Alhamdulilah kita semua masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa, melakukan ibadah, bersosial dan bersama keluarga tersayang.
Terpanggil kita untuk menulis dalam masa rehat yang sejam ini sementara menunggu solat zuhor. Entri kali ini simple tapi untuk kebaikan semua.
Siapa yang tak mahu sihatkan? Tadi boss kita bagi taklimat pagi isnin salah satunya tentang kesihatan diri. Dia mengingatkan semua supaya mengambil pemakanan yang sihat dan kuantiti yang sedikit.
Kita pun sudah mengamalkan dalam 2-3 bulan kebelakangan ini, memang rasa perbezaannya. Tambah bulan raya open house sana sini....hihihi.
Kita tak berkecil hati pun sekiranya tidak dijemput untuk majlis open house rumah kenalan, salah satunya nak kurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat. Manis sana sini tak kuasa mak! Tujuan utama untuk berhati2 dijalanraya...hihihi
Marilah kita semua mengamalkan corak hidup sihat, ingat ya niat mesti baik dan ikhlas pada diri sendiri. Apa yang kita lakukan bukan nak kurus atau cantik tapi nak sihat...hihihi
Banyak panduan yang boleh kita baca dan salah satunya info dari Kevin Zahri yang paling kita suka baca.
No comments:
Post a Comment