Syukur Alhamdulilah...
Sepanjang kita di Bandung Aston Braga Hotel & Residence menjadi tempat penginapan kami. Biarpun sekadar menumpang tempat tidur dan sarapan pagi tapi ianya satu tempat yang cukup selesa bagi kita, semua kelengkapan ada disediakan baik wayar internet, dapur, microvawe, buah2an, air minuman, iron, pinggan mangkuk, pisau, sudu garfu semuanya lengkap.
Kita tak sempat nak capai semua barang tuh, memadai sekadar dapat tidur...huhuhu
So bagi rakyat Malaysia kalau ada yang merancang hendak bercuti di Bandung bolehlah menempah Aston Braga Hotel & Residence , hanya dengan melayari Agoda bolehlah dapat harga murah sedikit.
Sewaktu di sana kita menginap di tingkat 16 bilik 1607, tinggi tuh. Maka aktiviti penduduk yang duduk berhampiran dengan hotel ini sudah kita perhatikan setiap pagi...hehehe.
Bukan skodeng ya, mak sekadar meninjau2 je aktiviti mereka. Ada yang menjala ikan di longkang, menyidai kain atas bumbung dan pelbagai lagi. Senyum sorang2...hihihi
Bagusnya breakfast pagi jam 6.00pg. Muka kita dengan pak inciklah yang selalu datang awal....hihihi. Hari pertama masih boleh suka breakfast masuk hari ke 2, 3 dan seterusnya letih je nak ngadap makanan....hihihi
Breakfast di sini serupa dengan masakan hotel2 di Malaysia tapi kalau sudah lama sangat menginap di tempat yang sama terasa jemu juga untuk mengadap masakan yang sama.
Jadinya rotilah yang menjadi makanan paberet kita setiap pagi di sini dengan tanpa jemunya...hihihi
No comments:
Post a Comment