Salam buat semua pembaca blog kita, syukur Alhamdulilah dengan apa yang ada hari ini...:)
Memulakan penceritaan di entri malam ini dengan perjalanan ke Jakarta. Dalam keseronokan merasai perjalanan tapi ada sedikit yang buat kita rasa terharu. Segelintir golongan rakyatnya yang miskin menjadikan diri mereka pengemis di jalanan. Sedih bila tengok anak2 kecil berkeliaran dan comot tidak terurus.
Selesai breakfast dan melayari internet di hotel, kita terus bertolak menghala Jakarta jam 8.00pg dengan menaiki MPV yang di pandu oleh pemandu bernama Ary. Berhenti rehat di R & R untuk merenggangkan badan...hihihi. Perjalanan mengambil masa dari Bandung-Jakarta dalam 2.30 jam.
Terus menuju Tanah Abang. Rancangan asal nak jalan2 Mangga Dua akhirnya takut tak cukup masa dan tukar plan jalan ke Tanah Abang. Syurga shopping tuh bagi kaum pompuan macam kita nih. Mestilah suka...hukhukhuk.
Dalam masa menuju Tanah Abang sempat melihat pemandangan sekitar Jakarta.
Ciri2 bangunan sana cukup indah di mata kita. Seni arkiteknya memang
cukup membanggakan, dimana terkenal dengan bangunan2 tinggi, bank, hotel dan serta tugu
dan air pancut.
Pasar Tanah Abang nih antara tempat terkenal sebagai pusat
pakaian dan kain-kain. Kalau tak silap ada 2 blok. Pasar disana tutup pukul 5 ptg. Nak masuk kawasan Tanah Abang agak sesak sebab sistem keluar masuk kereta agak kurang bersistematik lagi pun masa tu banyak sangat
kereta yang keluar dari pasar. Lama juga kita meredah jammed...huhuhu
Sampai tempat yang dituju terus bergerak ke kedai2 di bahagian bawah. Keadaan dalam pasar banyak menjual pakaian spt blouse, kain batik sarong, telekung yang dijual di sini lebih kurang dgn Pasar Baru, Bandung. Tapi dari segi harga rasanya di Pasar Baru Bandung lagi murah. Itu pun sekadar sempat bertanya beberapa kedai untuk membeli barang.
Pasar
ni memang seriously besar, so kalau
setakat satu dua hari tu, memang tak sempat nak shopping satu
pasar tuh. Selain kain, tshirt, kebaya, jubah takpun handbag semua ada
tapi bukan yang branded la. kalau nak yang branded yang memang confirm
authentic.
Majoriti
kedai dekat sini memang takleh guna kredit kad. so, sila bawak cash
yang banyak sebab sumpah kain dekat sini lawa gila! sebelum datang sini
yang pasti kena belajar cara nak tawar, sebab memang confirm korang
boleh dapat harga yang bagi juling biji mata.
Kalau
bab makan, dekat sini pun ada food court tapi manusia ramai sangat lagi pun masa kita datang weekend. Orang cakap makanan indon
semuanya sedap, ntahlah bagi kita. Tak berapa nak masuk...hihihi
Selesai bershopping singgah di tugu Monas sekadar
mengambil gambar, itu pun dari jauh. Tak naik pun Monas sekadar ambil
gambar dari jauh.
Disediakan juga mini bas kalau nak ke MONAS atau
pusing sekitar pusat bandar sebab kawasan sekitar Monas agak luas juga kerana ada taman yg
mengelilinginya. Rasanya kalau naik atas itu boleh lihat pemandangan bandar Jakarta.
Di luar jalanraya banyak kereta kuda dimana pengunjung boleh
menyewa kalau nak keliling kawasan sekitar.
Amik gambar boleh la...hahaha. Tak kuasa mak nak!
Monas yang dibina pada tahun 1959 adalah monumen peringatan yang didirikan oleh Indonesia untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia melawan penjajah Belanda.
No comments:
Post a Comment