Nuffnang

Thursday, November 1, 2012

Skim Gaji Penjawat Awam Di Kaji Semula

Salam untuk semua.

Ehem2 berita baik untuk penjawat awam. Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan kepada kakitangan yang gajinya sudah ke tahap maksimum. Lain2 duduk diam2 je ya...hikhikhik

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Sumber Bernama dan Utusan.

No comments:

Post a Comment