Doa Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina
Syukur Alhamdulilah, selamat petang sabtu semua. Aduyaiiii! Kalau cuti sekolah nih berderet2 dapat undangan majlis perkahwinan. Hari nih kita pergi 2 tempat majlis perkahwinan di Taman Universiti dan Taman Aman, Senai. Memang dapur tak berasap kebelakangan hujung2 minggu nih...hihihi
Sampai rumah hujan lebat, terus baca paper dan sekarang nih online. Buka facebook adalah sorang hamba Allah tuh posting satu doa agar hilang keinginan untuk berzina.
Tak kisahlah untuk yang masih single, suami atau isteri ke...kuiuikui. Bagi tambah ilmunya didada yang sedikit tuh memang sangat digalakkan untuk mengamalkannya.
Wanita2 berstatus janda atau lelaki2 yang berstatus duda bolehlah mengamalkan juga.
Kalau yang boleh menahan nafsu tuh, Alhamdulilah tapi kalau yang spesis nak menganggu rumahtangga orang lain demi nafsunya biar kita bacakan doa nih...kihkihkih. Biar kita yang hembus kat muka dia. Kasi sedar dari mimpi dan terus insaf...puiii. Sekadar gurauan petang sabtu nih tapi ada yang tersentap ke? Sendiri mau hengatlah ya...lalala
Terima kasih pada hamba Allah yang sudi berkongsi doa nih dalam wall facebook kita, moga Allah jua yang sudi membalasnya. Amin!
Doa agar hilang kinginan untuk berzina.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan
anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak
perempuan).
Moga jadilah kita ibubapa yang sempurna dunia dan akhirat. Ingat! Ibubapa yang berpekerti mulia melahirkan anak2 yang sempurna masa hadapannya tapi kalau sebaliknya jangan salahkan anak2. Selamat beramal semua.
No comments:
Post a Comment